???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM raih 23 pingat emas di MASUM 2023

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 4 Sept – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah meraih 23 pingat emas keseluruhan bagi fasa 1 dan fasa 2 serta kedudukan naib juara bagi edisi pada Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2023 kali ini.

Pengarah Akademi Sukan, UPM, Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman berkata, beliau berbangga pasukan UPM berjaya melepasi sasaran untuk mengutip 20 pingat emas dan dengan pencapaian ini beliau berharap UPM meneruskan usaha untuk menjuarai keseluruhan MASUM di masa hadapan.

“Saya juga menzahirkan ucapan terima kasih atas usaha atlet dan pegawai pasukan serta urusetia yang telah menyumbangkan tenaga sepanjang Karnival Sukan MASUM edisi ini dan semangat untuk menang perlu ada untuk mencapai lebih banyak kejayaan,” katanya.

Pada Karnival MASUM Fasa 1 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 15 hingga 20 Ogos lalu, pasukan UPM berjaya meraih 34 pingat yang terdiri daripada 14 emas, 10 perak dan 10 gangsa.

Kemudiannya, pada Karnival Sukan MASUM 2023 Fasa 2 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 23 hingga 30 Ogos lalu, aksi pasukan UPM tidak mengecewakan apabila berjaya meraih 9 pingat emas, 3 pingat perak dan 5 pingat gangsa.

Pasukan UPM turut berjaya mempertahankan kejuaraan dalam sukan Ragbi 15's, Hoki Lelaki dan Hoki Wanita serta Bola Jaring pada Karnival Sukan MASUM 2023.

Terdahulu, UPM telah menyertai Karnival Sukan MASUM 2023 melibatkan 16 acara dan merangkumi penyertaan sebanyak 20 Universiti Awam (UA) dalam Malaysia.

SXKSSAz~