???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM, PERDANA UNIVERSITY JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERKUKUH PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN BIDANG PERUBATAN

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

 

 

 

 

SERDANG, 10 April - Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), jalin Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan pendidikan dan penyelidikan bidang perubatan, semalam.



Tujuan MoU ini dengan kerjasama ini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan menerusi perkongsian pendedahan, maklumat dan amalan pengurusan terkini, khususnya dalam aspek penjagaan serta kesejahteraan pesakit.

 

 

 

 

 

 

Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, UPM komited memperkukuh hubungan strategik dengan pelbagai pihak termasuk universiti tempatan dan antarabangsa demi mempertingkatkan kecemerlangan profesionalisme serta menyumbang kepada kemajuan sistem pendidikan dan kesihatan berimpak tinggi.

 

 

“Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua-dua universiti, tetapi turut memberi impak besar kepada negara, masyarakat dan dunia pendidikan secara keseluruhan.

 

“Selain itu, kerjasama ini dapat memperkasakan kekuatan masing-masing melalui gabungan ini yang berfokuskan kepada pelbagai bidang, khususnya dalam sektor kesihatan,” katanya.

 

Naib Canselor Perdana University, Dato' Prof. Dr. Imran Ho Abdullah berkata, kerjasama strategik ini menyediakan penempatan klinikal bagi pelajar kami dari program Ijazah Sarjana Muda Terapi Carakerja (Kepujian).

 

“Program ini merupakan antara program perintis dalam pendidikan terapi carakerja di institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia dan telah melahirkan lebih daripada 100 orang graduan terapi carakerja.

 

“Pendidikan dalam bidang ini tidak boleh hanya terhad kepada pembelajaran dalam bilik kuliah tetapi pengalaman klinikal yang menyeluruh bagi pembangunan profesional  holistik,” katanya.

 

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Ketua  Pegawai Operasi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM, Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina Zakaria serta Dekan School of Occupational Therapy, Perdana University, Prof. Nathan Vytialingam.

WYENFAv~