???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

CATS? menggegar UPM selepas enam tahun

 

SERDANG, 10 April – Pementasan muzikal CATS? oleh pelajar kursus Play Production and Performance Techniques (BBL4401), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), berjaya mencuri tumpuan setelah enam tahun menyepi, apabila dipentaskan semula di Panggung Percubaan UPM, baru-baru ini.

 

Projek akhir kursus ini merupakan adaptasi daripada muzikal Broadway terkenal CATS (1981), yang dijayakan oleh pelakon sukarela dari FBMK, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) serta Fakulti Ekologi Manusia (FEM).

 

Pementasan ini menonjolkan bukan sahaja kreativiti dan bakat para pelajar malah komitmen UPM dalam memperkasakan seni persembahan di peringkat institusi.

 

Menurut penasihat dan pensyarah kursus BBL4401, Prof. Madya Dr. Arbaayah Ali Termizi, pementasan kali ini merupakan kejayaan besar selepas terhenti akibat pandemik COVID-19.

 

“Saya amat menghargai dedikasi pelajar yang bukan sahaja bekerja keras dalam pementasan, tetapi juga berusaha membiayai produksi ini melalui aktiviti perniagaan di kampus,” katanya.

 

Pengarah Produksi, Halisa Nuriani Haniff, turut menyatakan rasa bangga terhadap semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh pasukan produksi yang telah menjalani latihan intensif sejak September tahun lalu.

 

“Nina Najwa yang bertanggungjawab sebagai koreografer tidak mempunyai asas dalam tarian atau nyanyian, namun berjaya menguasai kemahiran tersebut dengan cemerlang sepanjang latihan, membuktikan kesungguhan dan bakat luar biasa,” katanya.

 

Penolong Pengarah, Siti Sarah Yasmin berkata penglibatan alumni UPM, Taylor Kit, sebagai nilai tambah yang memberi impak besar kepada keseluruhan produksi.

 

“Beliau berkongsi teknik kawalan vokal berdasarkan pengalamannya dalam produksi muzikal profesional. Saya bangga melihat kesungguhan semua bermula dari latihan berbulan-bulan hingga mencari tajaan yang akhirnya membuahkan satu persembahan yang membanggakan,” katanya.

 

Dalam pada itu, pementasan ini turut menerima sokongan daripada Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM serta tajaan daripada Hedley Cafe dan Biscochiz.

WYEMPAO~