?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM serah kemudahan infrastruktur Kampung Angkat MADANI kepada Komuniti Sawah Sempadan

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Oleh: Muhammad Nur Zairi Mohd Nazari

 

SERDANG, 14 Disember - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) hari ini menyerahkan pelbagai kemudahan infrastruktur di bawah Projek Kampung Angkat MADANI kepada komuniti Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang, sebagai usaha memperkasa kesejahteraan rakyat dan merangsang pembangunan setempat secara mampan.

 

Penyerahan kemudahan tersebut berlangsung sempena Karnival Putra di Sawah Sempadan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat serta agensi kerajaan dan komuniti tempatan.

 

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin, berkata, pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI mencerminkan peranan aktif universiti dalam memacu pembangunan komuniti berteraskan keperluan sebenar rakyat.

 

“UPM komited untuk memastikan ilmu, kepakaran dan sumber universiti dapat dimanfaatkan secara langsung oleh masyarakat. Projek Kampung Angkat MADANI ini bukan sekadar pembangunan fizikal tetapi satu pendekatan menyeluruh untuk meningkatkan kualiti hidup, memperkukuh ekonomi setempat dan membina hubungan berterusan antara universiti dan komuniti,” katanya.

 

Antara kemudahan infrastruktur yang telah di naik taraf antaranya jeti, taman mini dan laluan pejalan kaki, pembinaan rumah pengumpulan sampah, pemasangan 10 unit lampu jalan solar di persimpangan strategik, lima unit kiosk jualan, serta tiga unit kayak bagi menyokong aktiviti agro pelancongan di kawasan Sawah Sempadan.

 

Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM, Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad, berkata pendekatan pemindahan ilmu dan pembangunan komuniti secara bersepadu merupakan teras kepada inisiatif tersebut.

 

“Karnival Putra ini menjadi platform penting untuk UPM berkongsi ilmu, teknologi dan inovasi bersama masyarakat setempat. Melalui aktiviti pendidikan, kesihatan, keusahawanan dan agro pelancongan, kita mahu memastikan impak universiti dapat dirasai secara nyata dan berterusan oleh komuniti,” katanya.

 

Karnival tersebut turut menampilkan pelbagai aktiviti perkongsian ilmu termasuk kesedaran kesihatan berkaitan pencegahan denggi dan bahaya merokok, demonstrasi kokedama, pembuatan silaj, pemprosesan jem nenas serta masakan tradisional berasaskan ubi kayu.

 

Selain itu, pelbagai aktiviti komuniti dan pertandingan rakyat seperti gusti lengan gaya kampung, memancing, gubahan barangan kitar semula, sukan rakyat, karom dan pertandingan mewarna kanak-kanak turut diadakan bagi memeriahkan program.

 

Bagi melengkapkan program, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM serta pameran dan jualan produk inovasi dan teknologi daripada Fakulti Pertanian, Fakulti Kejuruteraan, Putra Science Park dan Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan turut disediakan.

 

Agensi luar, Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) dan Jabatan Perikanan Daerah Kuala Selangor juga mengambil bahagian dalam pameran karnival tersebut.

 

Dalam pada itu, pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI ini selari dengan aspirasi negara dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan komuniti setempat bagi pembangunan inklusif dan berimpak tinggi

WYMdOAX~