?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM perluas jaringan antarabangsa melalui Piano Lecture Recital pianis tersohor Ukraine

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto Oleh: Mohammad Izrul Jabar

 

 

SERDANG, 18 Dis - Universiti Putra Malaysia (UPM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pembelajaran global dalam bidang seni dan budaya apabila menganjurkan Piano Lecture Recital oleh Dr. Taras Filenko, seorang pianis dan sarjana tersohor dari Ukraine, dengan kerjasama Kedutaan Besar Ukraine di Malaysia.

 

 

Program yang menghimpunkan elemen persembahan, perkongsian ilmu dan kelas bimbingan bertujuan memberi pendedahan mendalam kepada pelajar dan warga universiti terhadap seni muzik piano serta memperluas seni rentas budaya antara Malaysia dan Ukraine melalui bahasa universal muzik.

 

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib, mencerminkan sokongan pengurusan tertinggi universiti terhadap inisiatif pengantarabangsaan berteraskan seni dan budaya.

 

 

Dekan Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, berkata program ini memberi peluang berharga kepada pelajar dan staf Jabatan Muzik untuk menghayati kepelbagaian serta kekayaan warisan muzik Ukraine yang jarang didedahkan dalam konteks tempatan.

 

“Penganjuran program ini bukan sahaja memperluas seni pelajar, malah memperkukuh pemahaman silang budaya melalui muzik. Inisiatif ini sejajar dengan aspirasi UPM dalam memupuk pembelajaran global serta keterlibatan antarabangsa yang bermakna,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Jabatan Muzik FEM, Dr. Ang Mei Foong, menyifatkan program berkenaan sebagai pengalaman pembelajaran holistik apabila pelajar bukan sekadar menyaksikan persembahan bertaraf antarabangsa, malah berpeluang menyertai sesi master class secara langsung bersama tokoh berkenaan.

 

“Seramai 45 orang pelajar terlibat dalam program ini dan diberikan peluang mempersembahkan permainan piano masing-masing serta menerima bimbingan terus daripada Dr. Filenko. Pengalaman ini amat bernilai dalam membentuk kefahaman artistik dan profesionalisme mereka,” katanya, sambil menambah kerjasama seumpama ini berpotensi diperluas ke peringkat antarabangsa dengan lebih banyak negara pada masa hadapan.

 

Pensyarah Kanan Jabatan Muzik FEM, Dr. Elaine Yap Sin Yee, berkata penganjuran tersebut turut memberi pendedahan kepada pelajar, staf dan masyarakat umum terhadap muzik Ukraine yang jarang diketengahkan dalam kurikulum arus perdana.

 

“Kolaborasi ini bermula daripada inisiatif Kedutaan Besar Ukraine yang menghubungi Jabatan Muzik bagi mencadangkan penganjuran program bersama. Ia mencerminkan keyakinan antarabangsa terhadap kepakaran serta reputasi UPM dalam bidang seni muzik,” katanya.

 

Dr. Taras Filenko merupakan pianis, sarjana dan duta budaya Ukraine yang memiliki lebih 40 tahun pengalaman dalam bidang persembahan muzik, muzikologi dan etnomuzikologi. Beliau ialah graduan serta bekas Timbalan Dekan di National Academy of Music, Kyiv, selain memiliki ijazah kedoktoran dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat.

 

Sepanjang kerjayanya, beliau telah mengadakan persembahan dan menyampaikan syarahan di pelbagai negara di Eropah, Amerika Utara dan Asia, sekali gus memainkan peranan penting dalam mempromosikan warisan muzik Ukraine di pentas antarabangsa.

WYMTOAU~