???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM RASMI PEJABAT SATELIT DI JEPUN

 
FUKUOKA, 9 Mei – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah telah merasmikan Pusat Satelit Super UPM-Kyutech (JSSC) di Kampus Wakatmatsu Kyutech, Jepun, semalam.
 
Penubuhan ini merupakan pejabat satelit UPM di luar negara yang pertama dan menjadi simbol ikatan dua negara bersama Kyushu Institute of Technology, Jepun (Kyutech) dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.
 
"Sebelum ini, Kyutech turut membuka kampus satelitnya iaitu Malaysia Super Satellite Campus (MSSC) di UPM yang menjadi simbol persahabatan dan kebersamaan Malaysia dan Jepun.
 
 
"Sejak penubuhan MSSC di UPM, ia telah menjadi pemangkin untuk meningkatkan usaha pengantarabangsaan kedua institusi termasuklah memupuk program mobiliti pelajar dan pegawai, penganjuran seminar bersama, pembiayaan inisiatif penyelidikan serta penawaran program akademik secara berkembar," katanya.
 
Tambahnya, pembukaan rasmi JSSC memperkuatkan usaha UPM untuk mempromosikan perkongsian strategik, pertukaran budaya, dan kerjasama akademik.
 
“Pemilihan Kyutech bertepatan dengan hasrat UPM untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dengan Jepun bagi melahirkan generasi pelajar, pensyarah dan pentadbir UPM yang berdaya saing dalam bidang yang diceburi dan mampu menyumbang kepada kemajuan negara masing-masing,” katanya.
 
JSSC telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah dan Presiden Kyutech, Prof. Dr. Yasunori Mitani yang disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu dan Naib Presiden Hal Ehwal Antarabangsa Kyutech, Prof. Dr. Tohru Kamiya. -UPM

SXKSSA5~