?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur SSIK siri kelima 2024, bincang isu komuniti dan keterjaminan makanan negara masa kini

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Noor Azreen Awang

 

SERDANG, 4 September – Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Seminar Serantau Isu Komuniti Siri Kelima (SSIK) 2024 bagi membincangkan isu pembangunan komuniti dan keterjaminan makanan melalui adaptasi Society 5.0.

 

Majlis penutup SSIK 2024 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Ts. Mustapha Sakmud yang turut menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman antara UPM dan Universitas Halu Oleo, Indonesia di sini.

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata seminar itu menjadi platform bagi mengeratkan kerjasama dalam menjalankan kajian serta jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa berkaitan aspek pembangunan komuniti dalam isu tersebut.  

 

“Kita memerlukan pendekatan yang kolaboratif untuk memperkasakan komuniti dalam isu keterjaminan makanan dan juga penyelesaian yang mendalam supaya ia mampu merealisasikan hasrat menjayakan agenda sekuriti makanan negara,” katanya.

 

Sementara itu, Pengarah IPSAS, UPM, Prof. Dr. Haslinda Abdullah berkata pada siri ini pihaknya telah mendapat kerjasama daripada Universitas Teuku Umar (UTU), Universitas Halu Oleo (UHO), Universitas Abulyatama (UNAYA), Indonesia dan Walailak University, Thailand.

 

“Penganjuran seminar ini dilihat sejajar dengan keadaan isu keterjaminan makanan yang menjadi kebimbangan di peringkat nasional dan global serta peserta secara langsung dapat bertukar pandangan  untuk menjadikan sektor pertanian lebih efisien,” katanya.

 

Pada majlis itu juga, Datuk Ts. Mustapha turut melancarkan empat buah buku bertajuk Isu-Isu Semasa Belia Malaysia dan Dinamika Sektor Pelancongan di Malaysia oleh Penyelidik IPSAS, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, Memoir Rimbunan Cinta Bonda oleh Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Prof. Madya Dr. Kamariah Kamarudin dan Malaysians’ Responses to Emotion-Eleciting News oleh Pemikir IPSAS, UPM, Prof. Madya Dr. Moniza Waheed.

 

SSIK 2024 yang berlangsung selama dua hari itu turut menampilkan  panel forum iaitu Felo Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad yang membincangkan tajuk Achieving Food Security via Society: Malaysia’s Experience.

 

Selain itu, sesi perkongsian bersama Baharuddin Mohamed @Coach Baha dengan tajuk Community Garden:  A Food Security Idea for the Nation dan wakil daripada MIGHT, Mohd Nurul Azammi Mohd Nudri berkongsi topik berkenaan Building A Resilient Society with A Future-Orientated Mindset.

 

Inisiatif keterjaminan makanan di UPM merujuk kepada usaha yang diambil oleh universiti selaras dengan misi UPM sebagai institusi pendidikan tinggi yang memberi penekanan terhadap pembangunan pertanian, inovasi, dan penyelidikan dalam bidang makanan.

 

 

 

SXJQPA1~