???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM SASAR 38 PINGAT EMAS SUKIPT 2024 EDISI KE ENAM 2024

 

SERDANG, 3 September – Universiti Putra Malaysia (UPM) menyasarkan 38 pingat emas pada Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024 edisi ke-6 yang akan bermula pada 6 hingga 14 September 2024 di Universiti Utara Malaysia (UUM).

 

Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr.  Ahmad Farhan Mohd Sadullah menyeru para atlet UPM bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi untuk bagi mencapai sasaran pingat serta menempa kejayaan dalam kancah sukan Institut Pengajian Tinggi (IPT).

 

“Atlet perlu menggunakan peluang ini sebaiknya serta mencabar diri untuk bertanding bukan sekadar mewakil universiti malah bersaing untuk melayakkan diri  ke peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UPM ke Kejohanan SUKIPT 2024.

 

 

 

Pada edisi ini, seramai 421 atlet UPM akan menyertai 26 daripada 28 acara sukan yang dipertandingkan antaranya Aerodance, bola sepak, E-Sports, Lawn Bowls, badminton, sofbol, catur, futsal, silat, kayak, petanque, golf, hoki, skuasy, memanah, olahraga, ragbi 7’s, ping pong, sepak takraw, taekwondo, bola jaring dan karate-do. 

 

Sementara itu, atlet bola tampar, Goh Chiao Huey, 24, berkata pasukannya optimis mampu mengekalkan kejuaraan dan telah melakukan persiapan yang rapi untuk menentang pasukan lawan.

 

 

“Pasukan saya telah bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk kejohanan ini, dan kami tidak gentar serta berusaha untuk mengulangi kecemerlangan yang pernah diperoleh pada kejohanan SUKIPT yang lalu,” katanya.

 

Atlet ragbi, Adam Ariff Alias, 24, berkata beliau bersama pasukannya mahu melakukan yang terbaik untuk membawa pulang pingat emas pada Kejohanan SUKIPT 2024 kali ini.

 

 

“Sungguhpun persiapan yang dijalankan adalah singkat namun saya yakin pasukan ragbi UPM akan berusaha melakukan yang terbaik untuk menempa kejuaraan membawa pulang pingat emas dalam perlawanan ini,” katanya.

 

Dalam pada itu, UPM sebelum ini telah dinobatkan johan keseluruhan SUKIPT pada tahun 2012, 2018 dan 2022.

SXMWAA7~