?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur SAMMA 2024, bincang strategi bentuk masyarakat MADANI

Oleh: Helena Pieary Anak Juman


SERDANG, 11 Sept - Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya (UM) menganjurkan Seminar Antarabangsa Penghayatan Malaysia Madani (SAMMA) 2024 bagi membincangkan langkah dan strategi ke arah membentuk kecemerlangan masyarakat MADANI.

 

Ini adalah sejajar dengan hasrat negara dalam membentuk negara yang berintegriti dari segi akhlak yang baik.

 

Seminar yang bertemakan “Excellence with A Soul” bertujuan untuk memupuk kecemerlangan masyarakat yang produktif selari dengan peredaran zaman serta memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang bertaraf antarabangsa dalam kalangan masyarakat. 

 

 

 

Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, FEM, UPM, Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi Talib berkata pembentukan masyarakat MADANI bukan Sahaja dari aspek pencapaian duniawi malah perlu melihat pada pembentukan rohaniah dan jasmani.

 

“Kecemerlangan masyarakat tidak hanya diukur dari segi pencapaian material dan ekonomi malah juga nilai-nilai spiritual turut membentuk karakter serta adab individu dalam melestarikan hubungan asas manusia,” katanya.

 

Dalam pada itu, SAMMA 2024 telah berjaya mengumpulkan pemikir dan akademik terkemuka untuk membincangkan pelbagai topik antaranya falsafah dan ketamadunan masyarakat Malaysia, dialog silang budaya, mendepani kepelbagaian etnisiti dan budaya, spiritualiti, nilai dan budaya, ekonomi, pendidikan, dan teknologi.

SXJTIA~