?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur Program Bio-Superhero Outreach 6.0, galak remaja B40 pupuk minat sains biologi

Oleh: Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, Dr. Nasrudin Subhi, Nur Wafaa Aqilah Mohd Ridzuan, Nur Aisyah Rafiyan, Iman Harisah Johaidi, Najihah Rosli, Fatin Nur Insyirah Mohamad Yusniza

 

 

SERDANG, 28 Ogos – Kelab Mahasiswa Biologi (KMB), Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini telah menganjurkan Program Bio-Superhero Outreach 6.0 bagi memberi galakan kepada remaja B40 sekitar Gombak untuk pupuk minat sains biologi.

 

Program yang bertemakan “Nurturing Bio-Consciousness Superhero Towards Eco-Cycle & Sustainable Biodiversity disertai 34 orang remaja berusia 13 hingga 19 tahun dari tiga kawasan Perumahan Rakyat (PPR) iaitu PPR Desa Rejang, PPR Pantai Ria dan PPR Seri Pantai.

 

Penasihat program, Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir berkata,program itu bertujuan untuk memberikan kesedaran berkenaan alam semula jadi serta kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaannya kepada para peserta golongan remaja B40.

 

 “Program ini bukan sahaja dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar, tetapi juga menggalakkan para peserta, khususnya remaja dari PPR, untuk memulihara dan memelihara alam sekitar," katanya.

 

Beliau yang juga pensyarah kanan di Jabatan Biologi, Fakulti Sains, UPM berkata aktiviti itu bukan sahaja mendekatkan para peserta dengan alam sekitar malah menyemai minat mereka dalam bidang sains terutamanya sains tulen, sains pertanian dan sains sosial serta mencungkil bakat keusahawanan mereka dalam bidang pertanian.

 

Pengarah program, Nur Wafaa Aqilah berharap melalui program ini berjaya mencapai matlamat dan diharapkan berterusan untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan alam sekitar dan ilmu sains.

 

“Dengan pelaksanaan program ini kami berjaya meningkatkan pengetahuan peserta dalam penjagaan alam sekitar melalui pembelajaran kitar semula dan keusahawanan yang sekaligus dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka,” katanya.

 

Program itu turut memberi peluang kepada para peserta untuk mencungkil bakat dalam bidang pertanian dengan menggunakan teknik penanaman sayur-sayuran yang betul seperti hidroponik dan akuaponik, serta menghasilkan pasu menggunakan barang kitar semula.

 

Dalam pada itu, program tersebut telah meraih pengiktirafan tertinggi apabila dianugerahkan Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik-Majlis Perwakilan Fakulti Sains (FASSCO) dalam Majlis Anugerah Putra Ikon (API) 2024.

 

SXJQNAP~