???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Mohamad Fadzirul genggam Master, Kaji Vaksin Ayam 11 Tahun

Oleh Noor Eszereen Juferi

 

 

SERDANG, 5 Disember – Kecekalan graduan, Master Sains Kejuruteraan Genetik dan Biologi Molekul, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohamad Fadzirul Anwar Zainol, 34, berbaloi sungguhpun perlu mengambil masa hampir 11 tahun untuk bergraduat pada Majlis Konvokesyen UPM ke-48 Sidang 2, hari ini.

 

Mohamad Fadzirul Anwar, berkata antara dugaan beliau hadapi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana sampel kajian beliau rosak dan terpaksa bermula semula dengan kajian penyelidikan yang baharu.

 

“Kajian saya ini untuk mengkaji cara untuk menghentikan pembiakan bakteria campylobacter jejuni yang biasanya ada pada ayam dengan menggunakan antibiotik dalam penghasilan vaksin.

 

 

“Oleh kerana projek saya tergendala dua kali, saya berhenti setakat kajian in vitro iaitu kajian invasif bakteria ke sel epitelial usus ayam dan vaksin tersebut tidak sempat untuk dihasilkan,” katanya.

 

Beliau akui hampir berputus asa, namun beliau melihat penyelidikan beliau ini mempunyai potensi yang boleh dimanfaatkan oleh industri ternakan ayam dan masyarakat.

 

“Saya menyambung pengajian saya ini kerana menyedari pentingnya ilmu yang mendalam untuk maju dalam kerjaya dan melihat penemuan ini dapat membantu penternakan ayam dan juga ekonomi negara,” katanya.

 

Mohamad Fadzirul Anwar bersyukur keluarganya memberi sokongan dan memberi sokongan moral sungguhpun beliau terpaksa mengambil masa yang panjang untuk melengkapkan pengajiannya.

 

“Untuk berjaya kesabaran, fokus dan dedikasi adalah kunci utama. Jaga hubungan baik dengan penyelia serta rakan-rakan kerana mereka juga adalah antara sistem sokongan untuk berjaya dalam pengajian,” katanya.

SXMWPAk~