???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Farhan manfaat ilmu, ternak ayam kampung

Oleh : Helena Pieary Juman

 

 

BINTULU, 3 November - Farhan Johan Jurat, 26, mahu mengembangkan perusahaan kecil ternakan ayam kampung yang sedang diusahakan sejak dulu, katanya yang ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-48 Sidang 1 di Bintulu hari ini.

 

“Saya berhasrat untuk memanfaatkan sumber serta ilmu yang ada pada saya untuk merealisasikan keinginan saya, agar segala pengorbanan orang tua saya tidak sia-sia,” katanya.

 

Anak petani ini mengusahakan perniagaan itu di atas sebidang tanah milik orang tuanya di Kota Belud, Sabah yang kini sedang berkembang maju.

 

Mengimbau minat beliau dalam bidang pertanian, beliau telah mendapat pendidikan awal di Institusi Pertanian Sabah sebelum melanjutkan pengajian dalam Diploma Pertanian di UPM Kampus Bintulu.

 

“Saya berasa sangat berpuas hati kerana akhirnya segala penat lelah saya akhirnya terbayar dan saya dapat bergraduat dengan rasa gembira,”

 

 

"Saya sentiasa sematkan dalam sanubari diri agar tidak mudah takut untuk mencuba sesuatu yang baru, kerana tidak akan pernah rugi jika melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain," katanya.

 

“Kedua-dua ibu bapa saya bekerja sebagai pesawah dan penoreh getah, oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk membalas jasa kedua orang tua saya dengan mengejar cita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya.”

 

Anak keempat daripada lima orang adik-beradik ini tidak lari daripada berkongsi cerita tentang cabaran serta halangan yang diterjahnya sepanjang bergelar mahasiswa di UPMKB.

 

“Bergelar pelajar, kita memang sedia maklum dengan cabaran yang akan dihadapi, terutamanya cabaran dari aspek kewangan dan pengurusan masa. Namun, itu bukanlah penghalang untuk meneruskan perjuangan sepanjang saya bergelar mahasiswa.”

SXMWOAx~