???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

INTROP UPM anjur Hari Terbuka Inovasi INTROP 2021

SERDANG - Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), UPM mengadakan Hari Terbuka Inovasi INTROP 2021  baru-baru ini, bersempena majlis lawatan tapak INTROP  oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail dan Pengurusan Tertinggi Universiti.

Ia bertujuan berkongsi dan menyampaikan maklumat terkini mengenai penyelidikan, produk, dan inovasi yang dihasilkan oleh penyelidik INTROP. Ia merupakan Hari Terbuka Inovasi ketiga oleh INTROP sejak penubuhannya pada 2006.

 

Hari Terbuka itu turut disaksikan secara langsung oleh 60 staf dan pelajar siswazah UPM melalui platfom Zoom. Mereka dapat menyaksikan pembentangan impak Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) dan video penyelidikan INTROP, poster penyelidikan serta lawatan secara maya ke meja pameran dan bengkel demonstrasi untuk melihat produk dan inovasi yang dihasilkan penyelidik INTROP.

Antara agenda program ialah pembentangan impak HICoE terhadap tanaman perladangan, tayangan video berkenaan papan lapis setara gred laut, papan buluh struktur berlamina, pulpa kenaf, dan stesen pemantauan iklim untuk plot penyelidikan Eucalyptus.

Selain itu, lawatan booth pameran seperti kanji enau dan biokomposit PPE, set SafeBiopack dan peralatan makanan, pakaian hentaman halaju tinggi dan anti tusukan, serta nanoselulosa, lawatan ke bengkel demonstrasi bagi melihat produk dan inovasi, serta penanaman pokok ikonik INTROP.

Pembentangan impak HICoE terhadap tanaman perladangan dibuat oleh Pengarah INTROP, Prof. Ts. Dr. Khalina Abdan adalah mengenai kesan pengiktirafan INTROP sebagai HICoE terhadap tanaman perladangan di Malaysia.

Antara tanaman yang dikaji oleh penyelidik INTROP adalah Eucalyptus, buluh, kelapa sawit, kenaf, dan enau. Ini membuka ruang kepada komoditi berpotensi seperti bahan biodegradasi yang boleh diaplikasikan dalam kabin penerbangan, automotif, perubatan, pertanian, bangunan, pembungkusan, dan pulpa.

Kerjasama antara INTROP dan pihak swasta dalam dan luar negara telah terjalin bagi membangunkan produk berasakan kayu dan gentian tropika. Antara produk ikonik yang dihasilkan oleh penyelidik INTROP adalah papan lapis biokomposit, PUTRA Frame, dan nanoselulosa biojisim.

Produk lain yang turut dibangunkan adalah SafeBiopack dan peralatan makanan, kanji enau, dan buluh berlamina. Sistem amaran awal kebakaran hutan turut dibangunkan oleh penyelidik INTROP dengan kerjasama Komuniti Hutan Paya Gambut ASEAN. Ia merupakan antara Strategi Pengurangan Risiko Bencana Nasional.

Pada akhir program, upacara penanaman pokok ikonik INTROP diadakan yang disempurnakan oleh Dato' Seri DiRaja Syed Razlan dan Naib Presiden Eksekutif, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim.

Inisiatif ini diinspirasikan dari Kempen Penanaman 100 Juta Pokok oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Pokok ikonik INTROP yang ditanam adalah pokok Eucalyptus pellita yang berpotensi besar menjadi sumber gentian untuk penghasilan pulpa serta pengeluaran kayu dan venir. - UPM

SXMXDAj~