?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM, Kementerian Komunikasi jalin kerjasama strategik bantuan komputer riba kepada pelajar

SERDANG, 31 Dis – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi baru-baru ini bagi menyalurkan bantuan komputer riba kepada pelajar yang berdepan kekangan serius dalam mengikuti pembelajaran dan menyiapkan tugasan akademik.

 

Majlis penyerahan rasmi bantuan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

 

Bagi fasa awal pelaksanaan, sebanyak 10unit komputer riba disediakan dengan proses pemilihan penerima dilaksanakan secara telus dan berasaskan keperluan sebenar. Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak pernah memiliki komputer riba sejak mula mengikuti pengajian di universiti.

 

Exco Kebajikan dan Kesihatan MPP UPM sesi 2025/2026, Easwaran A/L Vasudavan, berkata isu ketiadaan komputer riba merupakan antara aduan paling kerap diterima sepanjang beliau memegang amanah sebagai wakil pelajar.

 

“Sebahagian pelajar terpaksa meminjam komputer riba rakan semata-mata untuk mengikuti kelas dalam talian dan menyiapkan tugasan. Ada situasi apabila peranti tersebut perlu dipulangkan sebelum tugasan dapat diselesaikan menjejaskan pembelajaran serta memberi tekanan emosi,” katanya.

 

Tambah beliau, terdapat juga pelajar yang terpaksa menangguhkan tugasan atau bergantung sepenuhnya kepada kemudahan awam yang terhad, sehingga memberi kesan langsung terhadap prestasi akademik.

 

“Sebahagian penerima bantuan dikenal pasti datang daripada keluarga tanpa pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada pencen kecil ibu bapa menyebabkan keperluan asas harian sukar dipenuhi,” katanya.

 

Selain itu, penerima bantuan terdiri daripada pelajar pelbagai fakulti, mencerminkan cabaran kos sara hidup dan jurang akses pendidikan yang wujud merentasi bidang pengajian.

 

Pelajar Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Najmi Danial Mohd Noh, menzahirkan rasa syukur atas penerimaan bantuan tersebut.

 

“Saya berterima kasih kepada MPP UPM yang prihatin dan memahami kekangan pelajar. Bantuan ini secara langsung meringankan beban dan saya berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan demi kebajikan pelajar universiti,” katanya.

 

Bagi pelajar Bacelor Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Navaneswaran A/L Krisnan Kumar, berkata bantuan itu bukan sahaja membantu dari segi pembelajaran,malah menjadi suntikan motivasi untuk terus cemerlang dalam pengajian.

 

“Saya sangat menghargai keprihatinan MPP UPM terhadap pelajar yang kurang berkemampuan memiliki komputer riba. Saya berazam memanfaatkan kemudahan ini sebaiknya dan suatu hari nanti memberi kembali kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya.

WYMfRAd~