???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM, TMU Bincang pelaksanaan program dwi-ijazah Rantau Asia

 

SERDANG, 18 November- Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah mengadakan perbincangan dengan Tokyo Metropolitan University (TMU) dalam pelaksanaan program dwi-ijazah.

 

Perbincangan ini bagi mewujudkan kerjasama strategik antara kedua-dua universiti melibatkan penyelarasan kurikulum serta kolaborasi dalam penyelidikan inovatif antara UPM dan TMU.

 

 

Kedua-dua pihak juga akan mengadakan perbincangan lanjut untuk meneliti potensi dan struktur kerjasama yang lebih terperinci yang melibatkan operasi, akademik, dan sumbangan kepada pembangunan pendidikan tinggi di kedua-dua negara.

 

 

Pertemuan ini adalah sebahagian Agenda Global Prominent UPM bagi menarik minat institusi antarabangsa dalam pelbagai bidang akademik dan penyelidikan yang berupaya meningkatkan mutu pendidikan tinggi dalam negara.

 

Sementara itu, TMU turut menyatakan minat untuk menubuhkan kampus cawangan di Malaysia dengan kerjasama UPM, bagi memperkukuhkan lebih lagi kehadiran TMU di rantau Asia Tenggara sekaligus menyediakan peluang pendidikan yang meluas kepada masyarakat khususnya dalam pelbagai bidang akademik dan penyelidikan.

 

Turut hadir dalam perbincangan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Arifin Abdu, Wakil TMU, Professor Masayoshi Noguchi, Professor Shinya Numata.

SXMWKAq~