Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto Oleh: Noor Azreen Awang
SERDANG, 23 Ogos - Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah menerima kunjungan hormat dari Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Lokman Hakim Ali serta delegasi untuk membincangkan kerjasama strategik dalam perkukuhkan agenda pertanian negara.
Menerusi kunjungan ini, kedua-dua pihak berhasrat untuk menerajui inisiatif keterjaminan makanan negara antara KPKM dan UPM melalui pendekatan holistik yang merangkumi pendidikan, penyelidikan, kolaborasi industri dan komuniti.
Sinergi positif ini juga selari dengan Blueprint Keterjaminan Makanan UPM dan Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu Memperkasakan Pertanian dan Ketahanan Sekuriti Makanan.
Selain itu, Datuk Lokman Hakim serta delegasinya melawat ke SURIA Floating Solar & Walkaway iaitu projek solar terapung Hidroponik-Aquavoltaic Bersepadu Berskala Besar merangkap Eko-Pelancongan di Fakulti Kejuruteraan, UPM
Turut hadir, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Dato’ Adnan Hussain, Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Dr. Akma Ngah Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri dan Pengembangan), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Johari Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Asfaliza Ramli.