???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM sertai Ambang Gema Syukur, mulakan tahun 2024 zahir solidariti bersama Palestin

Oleh: Nurul Athira Mohd Affandi dan Mohd Iqmal Haris

 

 

SERDANG, 4 Jan – Chapter Alumni YOSH Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM sesi 2022/2023, Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) dan Persatuan Kebajikan Mahasiswa Anak Terengganu (PAKAT) menyertai program khas Ambang Gema Syukur, baru-baru ini.

 

Program itu adalah bersempena dengan Program Kerohanian Ambang Tahun Baru 2024 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) untuk memulakan tahun baharu 2024 dengan menzahirkan solidariti bersama Palestin.

 

Pelajar Bacelor Sains Biologi dengan Pendidikan (Kepujian), Fakulti Sains, UPM, Siti Aisyah Mustafar berkata, program ini bukan sahaja menghidupkan kembali amalan sunat dalam agama Islam malah turut membuka mata masyarakat, khususnya golongan belia terhadap isu sosial yang terus berdendang di dunia.

 

 

 

“Program ini secara langsung mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti kerohanian serta menyuburkan nilai kemanusiaan dalam diri masyarakat terhadap keganasan rejim Israel terhadap saudara sesama Islam di bumi Palestin,” katanya.

 

Dalam pada itu, pengisian menarik program antaranya ialah Kuliah Maghrib Khas, sesi Tadabbur Surah Al-Mulk, acara Qiamulail Tahun Baharu, Solat Subuh Berjemaah dan Ceramah Khas Subuh 4 GAZA yang akan disampaikan oleh aktivis Palestin, Ts. Dr. Abdelrahman Ibrahim, serta slot International Quran Moment dan Forum Perdana Tahun Baharu yang menampilkan Imam Besar MTMZA, Ustaz Nor Azamir Hj. Alias dan Pengasas dan Penasihat Utama Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (MyFundAction), Dr Hizul Azri.

 

MTMZA turut membuka aktiviti gerai jualan yang sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada tabung Palestin.

SXKSQAW~