???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM sasar 20 Pingat Emas di SUKUM Ke-45

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
Foto: Izrul Abdul Jabar 
 
 
SERDANG, 7 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM) meletakkan sasaran untuk meraih 20 pingat emas dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-45 yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 8 hingga 18 Ogos 2024.
 
 
Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata sasaran tersebut adalah bagi meningkatkan lagi semangat kontinjen UPM dan bersaing secara sihat.
 
 
"Sukan merupakan alat penyatuan bagi semua pihak termasuk negara, pelajar, dan warga universiti. Oleh itu agenda True North UPM adalah untuk menyatupadukan semua pihak dalam UPM, bersaing secara sihat dan kompetitif dengan mengamalkan nilai-nilai murni.
 
 
"Saya mengharapkan sokongan yang padu daripada keseluruhan warga UPM yang akan menjadi pencetus kepada kecemerlangan universiti kita," katanya pada Majlis Penyerahan Bendera Kontingen UPM yang berlangsung hari ini.
 
 
Beliau turut mengingatkan para atlet untuk menjaga keadaan mental dan fizikal sepanjang pertandingan berlangsung.
 
 
"Bantu UPM untuk mencapai hasratnya dengan semangat kerja berpasukan yang mantap.
 
 
 
Keperluan bergerak sebagai satu pasukan yang kukuh dan mempunyai kefahaman yang mendalam akan membawa kepada satu kejayaan," tambahnya lagi.
 
 
Kontinjen UPM akan diwakili oleh 213 orang atlet dengan penyertaan 19 acara sukan seperti bola tampar lelaki dan wanita, tenpin boling dan badminton. -UPM

SXKSVA~