???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM perkukuh strategi untuk masa depan yang lestari untuk masyarakat

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Saleha Haron dan Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

 

 

SERDANG, 24 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuhkan strategi masa depan yang lestari dan berimpak tinggi melalui kerangka ‘True North’ bagi mempersiapkan universiti ke arah masa depan yang lebih lestari untuk masyarakat.

 

Naib Canselor, Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata kerangka tersebut adalah sebagai panduan bagi memperkukuhkan hasrat dan matlamat agenda universiti.

 

“Pelaksanaan itu menjadi asas kepada pergerakan awal universiti yang telah mula membuahkan hasil dan pada tahun ini kita akan memperkukuhkan lagi matlamat ini dengan penekanan kepada impak yang lebih bermakna,” katanya dalam Majlis Perutusan Naib Canselor 2025 pagi tadi.

 

Profesor Dr. Ahmad Farhan berkata, universiti komited untuk terus menjadi peneraju dalam kelestarian dan keterjaminan makanan.

 

“Dengan memanfaatkan kekuatan akademia, inovasi dan kolaborasi saya yakin dapat melahirkan graduan berimpak tinggi serta menyumbang kepada kemakmuran global.

 

“Melalui visi yang jelas UPM terus memperkukuh reputasi sebagai institusi unggul dalam menyumbang kepada keterjaminan makanan dan kelestarian alam sekitar sejajar dengan aspirasi negara dan global,” katanya.

 

Tambah beliau, pada tahun ini beberapa projek khas akan diperkenalkan yang memfokuskan kepada kepada Pelan Keterjaminan Makanan yang telah diperkenalkan tahun lalu serta usaha baharu dalam Kesihatan Planet (Planetary Health).

 

“UPM akan melancarkan beberapa inisiatif strategik termasuk memacu pelan tindakan keterjaminan makanan yang melibatkan masyarakat secara langsung dan tidak langsung serta akan memperkenalkan Blueprint Kesihatan Planet sebagai usaha memanfaatkan kepakaran universiti dalam bidang perhutanan, pertanian, dan kelestarian.

 

“Kesihatan Planet adalah komitmen kami terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dengan pengiktirafan universiti sebagai The Green Campus,akan terus menjadi peneraju dalam inisiatif ini,” katanya.

 

Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan turut menekankan segala usaha yang dirancang ini bermatlamat untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

 

 “UPM ialah universiti untuk masyarakat. Sebab itulah slogan kami ialah Pertanian untuk Rakyat, dan setiap inisiatif kami seperti keterjaminan makanan dan pemberdayaan komuniti tani akan memberi kesan positif kepada masyarakat,” katanya.

 

“Dengan semangat bekerjasama sebagai satu pasukan saya yakin warga universiti dapat mencapai visi True North dan terus memberi impak besar kepada masyarakat dan dunia,” katanya.

 

Dalam pada itu, Blueprint Kesihatan Planet yang dijangka siap pada suku ketiga tahun ini dan akan menjadi panduan untuk kurikulum, penyelidikan dan strategi universiti secara keseluruhan.

 

WYDJWAM~