???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM perkukuh semangat cinta negara dalam era globalisasi

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 


SERDANG, 15 November – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia (FEM) dengan kerjasama Pertubuhan Nusa Bangsa (NUSA) telah menganjurkan program Forum Bicara Nasional 2024 bagi memperkukuhkan semangat cintakan negara dalam era globalisasi.

 


Program yang bertemakan “Patriotisme Dalam Mengekalkan Keamanan Negara” ini menyemarakkan lagi semangat patriotik, cinta terhadap negara dan bangsa serta menyemai nilai patriotisme dalam mengekalkan keamanan negara.

 


Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Ekologi Manusia (FEM), UPM, Prof. Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan berkata, generasi muda kini lebih terdedah kepada nilai luar yang selalu bertentangan dengan identiti dan sejarah bangsa sehingga boleh menyebabkan mereka kurang merasai kepentingan untuk cintakan negara.

 


“Tujuan utama program ini adalah melahirkan kesedaran dan semangat kenegaraan serta menggalakkan sikap peduli dalam kalangan masyarakat terhadap isu semasa yang berlaku di negara kita.

 


“Tanpa pemahaman yang mendalam tentang latar belakang sejarah dan perjuangan bangsa di zaman era globalisasi ini, generasi muda tidak akan merasa terikat dengan nilai patriotik kerana kita perlu peka terhadap tanggungjawab sebagai warganegara,” katanya.

Ketua Program, Dr. Normala Othman berkata, pentingnya generasi muda untuk memahami dan menghayati semangat patriotisme kerana cabaran dan ancaman kepada negara itu semakin kompleks dan canggih kerana era kini, nasionalisme dan patriotisme masih relevan.

 

“Sejarah bukan sekadar cerita kosong tetapi tersulam didalamnya mengenai pengajaran dan refleksi bagi generasi kini kerana sejarah berperanan sebagai wahana positif untuk membina etos negara.

 

 

“Sebahagian masyarakat menganggap patriotisme tidak relevan kerana globalisasi membawa pengaruh budaya asing yang dianggap lebih moden dibandingkan dengan nilai lokal atau ketimuran,” katanya.

 


Menurut beliau, kepelbagaian budaya di Malaysia memberi kesan yang kompleks terhadap penghayatan konsep patriotisme kerana cabaran dalam membentuk identiti nasional bersatu dan setiap kumpulan etnik cenderung untuk mempertahankan identiti budaya mereka sendiri.

 


“Institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan penting dalam menguatkan konsep patriotisme di era moden ini dengan mengintegrasikan mata pelajaran sejarah serta moral yang menekankan nilai cinta tanah air dan kesedaran negara.

 


“Walau bagaimanapun, langkah terbaik untuk mencegah ekstremisme dan radikalisme adalah melalui pendekatan komprehensif yang melibatkan pendidikan dan program-program pembangunan sosio-ekonomi demi mengurangkan kerentanan masyarakat terhadap ideologi ekstremis,” katanya.

 


Sementara itu, forum ini berlangsung secara hibrid telah disertai seramai 200 peserta terdiri daripada ahli akademik, penjawat awam, rakan strategik Pertubuhan Nusa Bangsa (NUSA), kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), staf Universiti Putra Malaysia, mahasiswa UPM, wakil dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta orang awam.

 

SXMWKAk~