???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM pamer 4 produk inovasi di Festival of Ideas

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mozaid Idris

Putrajaya, 12 Oktober – Putra Science Park (PSP) telah mempamerkan empat produk inovasi Universiti Putra Malaysia (UPM) di pameran Festival of Ideas yang berlangsung di lobi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini, hari ini.

Festival of Ideas yang dianjurkan oleh KPT ini merupakan pameran inovasi yang meraikan cetusan idea baharu para penyelidik sejajar dengan perkembangan pendidikan tinggi di era revolusi industri 4.0.

Produk UPM yang telah dipamerkan ialah Harvast Penggalak Fotosintesis, Sari Rasa Sos dan Pes Labu, Kopi Rajawali dan Thohira Synbiotics.

Penyelidik produk Kopi Rajawali, Prof. Madya Dr. Siti Salwa Abd Gani dari Fakulti Pertanian UPM berkata pameran tersebut membantunya untuk menonjolkan potensi biji kurma sebagai alternatif kepada penggemar kopi.

“Produk inovasi kopi ini merupakan serbuk kopi yang terhasil daripada 100 peratus biji kurma asli tanpa sebarang bahan pengawet atau bahan kimia dan bebas kafein.

“Bagi mengekalkan kualiti premiumnya, kami mengimport bahan mentah dari Arab Saudi. Inovasi ini juga mengaplikasi konsep sisa kepada kekayaan melalui penyediaan kopi biji kurma,” katanya.

Sementara itu, produk Harvast Penggalak Fotosintesis yang dipamerkan pula merupakan teknologi terkini yang membantu tumbuhan bagi meningkatkan kadar fotosintesis ke tahap paling optimum.

Melalui inovasi itu, kadar fotosintesis pada tumbuhan meningkat antara 20 hingga 80 peratus bergantung pada jenis tanaman. – UPM

SXMWKAj~