?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM jalankan Kajian Impak 100 tahun MAHA 2024

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 19 Sept – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) menjalankan Kajian Impak 100 Tahun Malaysia Agriculture Horticulture & Agro Tourism Exhibition (MAHA) 2024 yang sedang berlangsung hingga 22 September akan datang.

 

Ketua penyelidik, Dr. Muhammad Daaniyall Abd Rahman berkata kajian ini dilaksanakan pada 11 September 2024 sehingga 22 September 2024 dan menyasarkan 2,000 responden bagi mengenalpasti impak MAHA 2024 terhadap ekonomi, sosial dan keterjaminan makanan negara.

 

“Data yang terkumpul akan diterjemahkan kepada bentuk laporan bagi rujukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk melihat impak MAHA 2024, sekaligus menambah baik penganjuran pada masa akan datang” katanya.

 

Tambah beliau, kolaborasi kajian bersama KPKM ini amat penting untuk memaklumkan kepada umum, termasuk peniaga, pelabur dan orang awam berkaitan indikator ekonomi yang disumbangkan oleh MAHA 2024.

 

“Ini adalah penting bagi menilai secara menyeluruh keberkesanan penganjuran MAHA di mana program ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak yang memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi, sosial dan keterjaminan makanan negara,” katanya.

 

Sementara itu, pengedaran soalan kaji selidik untuk mengkaji tahap kepuasan pengunjung di 37 lokasi ‘hotspot’ di MAHA 2024 turut dilaksanakan dengan menggunakan kaedah mengimbas kod QR dan secara konvensional yang dijalankan oleh 50 orang perugas secara bersemuka terdiri daripada pelajar UPM.

SXJTQA3~