???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM fokus empat kerangka hala tuju strategik, teras utama pertanian dan keterjaminan makanan

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar



Universiti Putra Malaysia (UPM) memfokuskan empat kerangka hala tuju strategik pada Perutusan 100 Hari Naib Canselor dan Amanat 2024 berteraskan bidang pertanian dan keterjaminan makanan.

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, empat kerangka hala tuju strategik adalah fungsi utama UPM yang menekankan pertanian dan keterjaminan makanan sebagai teras, mengfokuskan kepada Matlamat Pendidikan Tinggi dan Aspirasi Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Matlamat Nasional Malaysia Madani dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGS).

 

“Kerangka utama hala tuju menekankan pertanian sebagai teras bagi memastikan keterjaminan makanan negara mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang dan sistem makanan negara perlu diperkukuhkan supaya lebih mampan bagi persediaan menangani ancaman krisis makanan global ketika ini.

 

“UPM mempunyai pakar dalam bidang pertanian mengikut fokus yang akan menjadi kekuatan pada masa hadapan dalam  memperkukuhkan bidang pertanian untuk melahirkan belia berkemahiran dalam bidang teknologi pertanian, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan memastikan kelestarian keselamatan makanan terjamin,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perutusan 100 Hari Naib Canselor dan Amanat 2024  di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

 

Jelas beliau, hala tuju pertama adalah memperkuatkan sektor pertanian dengan sasaran meningkatkan sektor ini yang merangkumi perladangan, penternakan dan perikanan adalah penting bagi menjamin bekalan makanan negara yang cukup untuk negara.

 

“Keduanya adalah mengfokuskan kepada Matlamat Pendidikan Tinggi dan Aspirasi Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi Lima (5) fokus utama yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir sebagai penekanan kepada perancangan serta strategi KPT mengemudi tahun 2024 ini.

 

“Ketiga, setiap universiti akan ada peranannya untuk menyebar luas konsep Madani dengan meluas dan menjadi nilai yang mengangkat negara sebagai usaha mengemudi berteraskan enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan Ihsan,” katanya.

 

Menurut beliau, hala tuju keempat adalah Matlamat Pembangunan Mampan (SDGS).

 

“Oleh itu semua warga UPM perlu keluar dari zon selesa bagi menghadapi ketidaktentuan masa hadapan. Kecemerlangan masa hadapan UPM memerlukan usaha bersepadu dari anda semua yang disusun secara strategik oleh sebuah pasukan yang mantap.

 

“Marilah kita memberi yang terbaik mengikut empat kerangka hala tuju strategik,” ujarnya.

SXMCPAl~