???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM beri pendedahan kaedah pertanian moden kepada komuniti bandar

Oleh: Noor Eszereen Juferi

  

 

SERI KEMBANGAN, 25 Mei – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memberi pendedahan kaedah pertanian penanaman secara  “Vertical” kepada komuniti Persatuan Penduduk JMB blok Kemuning/Kempas Pangsapuri PKNS, Seri Kembangan.

 

 

Pengarah PPDN, UPM, Prof. Dr. Subapriya a/p Suppiah berkata projek KTGS@PTJ PPDN yang mendapat kerjasama dari Fakulti Pertanian dan  Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) yang telah bermula pada Oktober 2023 bertujuan untuk mengalakkan penduduk setempat memperoleh ilmu pertanian yang boleh dimanfaatkan untuk sara diri.

 

 

“Ini secara langsung membolehkan komuniti di sini dapat menjimatkan kos perbelanjaan barangan dapur dengan mengamalkan menanam sendiri sayuran di rumah dan dapat menjana ekonomi isi rumah dengan hasil tanaman sayur,” katanya.

 

Tambah beliau, meskipun PPDN, UPM bukan di aliran pertanian namun dari aspek kesihatan secara langsung dapat mendidik komuniti dalam ilmu perubatan serta pentingnya amalan pemakanan sihat sayur-sayuran.

 

“Projek ini juga memberi kami peluang untuk kongsi pengetahuan kepada komuniti untuk lebihkan sayuran dalam pemakanan serta bagaimana penanaman organik memberi manfaat kepada kesihatan,” katanya.

 

 

Pengerusi JBM Pangsapuri PKNS Blok Kemuning/Kampas, Suboh Kasim berkata program kerjasama seperti ini memberi manfaat kepada komuniti untuk mendapatkan ilmu penanaman sayuran dengan mempraktikan kaedah yang betul.

 

 

“Kami sangat mengalukan UPM untuk membantu komuniti dan ini juga memberi manfaat kepada penduduk dalam aktiviti yang memanfaatkan dan perancangan akan datang untuk menambah penanaman sayuran dan buah-buhan seperti  seperti bendi dan sun melon,” katanya.

 

 

Selain itu, program tersebut bukan sahaja disertai oleh komuniti setempat malah 30 pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKH2104: Keusahawanan Siswa UPM turut membantu dalam merealisasikan projek ini.

 

 

Pelajar tahun 1, Doktor Perubatan Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Toh Chun Liang berkata program itu merupakan pengalaman pertama beliau mengikuti aktiviti sebegini dan beliau teruja dapat membantu komuniti setempat.

 

“Walaupun saya mempelajari bidang veterinar tetapi untuk saya ia bermanfaat dan saya dapat berbakti dengan komuniti serta memberi ilmu baharu dalam pertanian yang boleh saya gunakan kelak,” katanya.

SXKSUAz~