???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur Seminar Pemerkasaan Komuniti kukuh jaringan dalam pertanian

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

Foto Oleh: Muhammad Nur Zairi Mohd Nazari



 

 

SERDANG, 15 Oktober - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Pemerkasaan Komuniti 2024 (SKPK2024) bagi memperkukuhkan jaringan dalam pertanian untuk agenda pembangunan negara.

 

Seminar yang bertemakan ‘Pencetus Pendayaupayaan Komuniti’ bertujuan mendorong pertukaran idea dan mengembangkan kemahiran bagi generasi muda dalam bidang pertanian yang dapat meningkatkan hasil.

 

 

 

 

Naib Canselor UPM, Profesor Dr. Dato' Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata Universiti kini perlu proaktif dalam menyalurkan perkongsian ilmu kepada masyarakat. 

 

 

“Jaringan industri dengan masyarakat adalah sinergi dalam memastikan komuniti menyerlah dan berilmu bagi membantu keperluan negara serta ekosistem seperti keterjaminan makanan,” katanya. 

 

 

Tambah beliau, kepakaran serta ilmu yang ada melalui tenaga pengajar atau pelajar di  UPM  kepada komuniti sejajar dengan bidang tujahan universiti demi memperkasa komuniti melalui pendidikan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.

 

 

“Dua usaha yang telah kami lakukan adalah Blueprint Keterjaminan Makanan UPM dan agenda PUTRA (Pertanian untuk Rakyat).

 

 

“Kita memilih permasalahan terkini negara iaitu keterjaminan makanan untuk warga UPM memainkan peranan.

 

 

“Usaha ini penting untuk mengurangkan import makanan untuk masyarakat dan menjadikan komuniti lebih berdaya tahan,” katanya.

 

 

Selain itu, Ini juga mendorong kesedaran tentang pentingnya pertanian lestari dan pengamalan pemakanan sihat dalam komuniti serta membina rantaian bekalan yang lebih berkesan yang turut menyokong ekonomi setempat.

 

 

 

 

Dalam pada itu,  seramai 150 orang peserta telah mengikuti seminar ini anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) bagi memberi peluang kepada pakar bidang untuk berkongsi amalan perkembangan dan teknologi yang telah mereka laksanakan di peringkat komuniti.

SXMWJAM~