???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur projek SULAM, didik mahasiswa berbakti secara berilmu

Oleh: Amran Azmi dan Sharifah Hannah Adibah Wan Serail

 

 

MELAKA, 22 Jan – Jabatan Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FPAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan projek Service-Learning Malaysia (SULAM) di Sungai Lereh, Melaka, baru-baru ini, mendidik golongan mahasiswa berbakti secara berilmu.

 

Menerusi projek ini, 54 pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Alam Sekitar telah melibatkan diri dalam kajian terkait keadaan ekosistem dan kualiti air di Sungai Lereh serta kesannya terhadap masyarakat setempat.

 

Pensyarah Kanan, Jabatan Alam Sekitar, FHAS, UPM, Ts. Dr. Muhammad Heikal Ismail berkata, keadaan Sungai Lereh yang menghadapi pencemaran serius merupakan fokus utama penyelidikan untuk mengenal pasti kualiti ekosistem sungai tersebut.

 

 

“Seiring dengan moto UPM, Berilmu Berbakti, barisan penyelidik dan pelajar dari FHAS, UPM turun padang menjalankan kajian untuk meneliti segenap aspek penelitian alam sekitar seperti kualiti air, biodiversiti serta mencadangkan teknologi rawatan yang diperlukan untuk membantu mengatasi masalah pencemaran di Sungai Lereh.

 

“Penyelidikan ini merupakan tindakan proaktif FHAS, UPM dalam berkontribusi memberikan solusi terbaik memulihara kelestarian alam sekitar sebagai khazanah yang tidak ternilai.

 

“Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan pandangan mendalam terhadap keadaan Sungai Lereh, menyediakan data yang penting untuk tindakan pemuliharaan, dan menjadi landasan bagi inovasi teknologi rawatan yang lebih efektif,” katanya.

 

 

Dalam pada itu, penglibatan pelajar dalam kajian ini adalah bersempena dengan pelaksanaan kursus Kajian Lapangan Alam Sekitar Bersepadu (ESC4801) yang bertujuan untuk mendorong pelajar menjalankan penyelidikan berimpak tinggi yang bermanfaat kepada lingkungan, di samping menanam nilai kesukarelawanan dalam diri pelajar.

 

Selain itu, program ini juga diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada golongan remaja dalam kalangan komuniti nelayan di Sungai Lereh untuk melanjutkan pengajian ke menara gading, di samping membawa perubahan positif dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

SXMWJA5~