???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur Program Kesedaran Mikroplastik di SRAIBBB

 
BANGI, 4 Jun – Jabatan Kimia, Fakulti Sains (FS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program kesedaran mengenai penggunaan bahan plastik dan penghasilan mikroplastik di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi (SRAIBBB), di sini baru-baru ini.
 
Penasihat program, Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman berkata, program kesedaran ini telah memberikan pendidikan serta menanam kesedaran kepada guru-guru dan murid-murid SRAIBBB tentang pencemaran mikroplastik yang menjadi ancaman serta memberi mudarat kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.
 
“Penggunaan bahan plastik adalah sangat meluas kerana sifatnya yang ringan, tahan lama dan murah. Namun, penggunaan plastik yang berterusan tanpa kawalan memberi kesan kepada keseluruhan hidupan di bumi, termasuklah kepada kesihatan kita sendiri.
 
“Oleh itu, pendedahan kepada pelajar sekolah adalah langkah awal bagi memupuk kesedaran bahaya mikroplastik. Program ini adalah seiring dengan kepentingan menjaga ekosistem marin seperti sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke 14 dan Kualiti Pendidikan, SDG keempat,” katanya.
 
 
Selain ceramah tentang mikroplastik dan konsep kitar semula, program ini turut diselitkan dengan aktiviti bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) secara interaktif dan memberi keseronokan kepada murid sekolah.
 
“Antara aktiviti yang menarik minat murid sekolah ialah mewarna, roda mikroplastik, pancing ikan, pemburuan mikroplastik dan kuiz mengenai mikroplastik. Guru-guru juga turut melibatkan diri dalam aktiviti kuiz bagi menilai tahap pengetahuan masing-masing,” katanya.
 
Di samping itu, pelaksanaan program seperti ini dapat mengasah bakat kepimpinan dan kerjasama sesama mahasiswa FS UPM dan meningkatkan pelbagai kemahiran insaniah lain seperti kemahiran kerja berpasukan, komunikasi, pengurusan masa dan kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran kritis.
 
 
Program ini turut mendapat kerjasama oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM.
 
Secara tidak langsung program ini menyokong pelan strategik UPM matlamat 1 iaitu melahirkan graduan yang serba boleh dan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang dan matlamat 3, melestarikan ekosistem jaringan industri dan masyarakat. -UPM

SXKSQAT~