???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur Program Inclusive Agro, fokus lahir OKU usahawan tani tanaman cendawan

 

SERDANG, 17 Julai  - Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Inclusive Agro memberi fokus melahirkan usahawan tani bandar di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu baru-baru ini.

 

Ketua Projek, Prof. Madya Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat berkata projek rintis ini disertai  seramai 14 OKU Penglihatan yang melibatkan pelajar UPM melalui sistem sokongan yang dinamakan sebagai Skuad Sukarelawan UPM-MAB.

 

“Melalui program ini mereka telah berjaya menuai cendawan tiram kelabu untuk dua pusingan di kediaman masing-masing dan perlu melengkapkan empat pusingan penuaian sebagai aktiviti pemindahan latihan.

 

“Ini secara langsung dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam keusahawanan ke arah menjadi usahawan tani cendawan tiram kelabu,” katanya.

 

Selain itu, program ini adalah sejajar dengan hasrat Blueprint Keterjaminan Makanan UPM dalam memantapkan agenda pertanian dan keterjaminan makanan serta merupakan projek komuniti antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) iaitu Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Sekolah Pengajian dan Ekonomi (SPE) dan Ekonomi, Pusat Transformasi Komuniti UPM (UCTC) dan Pusat Pertanian Putra (PPP).

 

Program tersebut turut melibatkan industri iaitu VACCET Sdn Bhd dan Masaaki Sdn Bhd.

 

Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia, FPP, UPM, Anisa Hanani Ahmad berkata melalui program itu beliau mempelajari ilmu sukarewalan serta mengendalikan peserta OKU.

 

“Ini adalah pengalaman pertama saya menyertai aktiviti sebegini dan sedar mereka mempunyai kebolehan dan bakat tersendiri yang perlu disokong dan dikembangkan lagi untuk mereka ada keyakinan untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan,” katanya.

 

Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian, FPP, UPM, Mohammad Zulhairie Abdul Rahman, 24, berkata program itu memberi beliau peluang untuk berbakti kepada golongan OKU Penglihatan dalam membantu merealisasikan agropreneuer di kalangan mereka.

“Program ini juga telah memberi teladan kepada saya bahawa golongan OKU juga boleh melakukan perkara yang sama seperti kita dan tidak menjadikan kekurangan mereka itu sebagai alasan untuk tidak ingin berjaya dalam hidup,” katanya.

 

Dalam pada itu, antara aktiviti yang dilaksana dalam projek ini antaranya taklimat projek rintis Inclusive Agro kepada OKU Penglihatan, latihan Inclusion and Visual Impairement Simulation untuk ahli Skuad Sukarelawan UPM-MAB dan ahli projek komuniti ini, latihan penanaman cendawan tiram kelabu kepada 14 orang OKU Penglihatan bersama pengiring yang terdiri daripada ahli keluarga atau rakan serta ahli Skuad Sukarelawan UPM-MAB.

 

 

SXKSQA6~