???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur program ICCA@TIOMAN 2024, pupuk kesedaran cintai alam sekitar

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

SERDANG, 9 Oktober - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Jabatan Kimia, Fakulti Sains telah menganjurkan program International Climate Change Action (ICCA@TIOMAN) sempena Hari Pembersihan Pantai Sedunia bagi memupuk kesedaran mencintai alam sekitar. 



Program ini mempromosikan tentang ekosistem pantai, biodiversiti serta cara-cara memulihara kelestarian dalam menjaga kebersihan alam sekitar kepada masyarakat setempat dan kumpulan pelajar.



 

 

 

Penyelaras program Prof. Madya ChM. Dr. Norizah Abdul Rahman berkata, program ini memberi pendedahan mengenai kesan mikroplastik sebagai penyumbang kepada perubahan iklim serta kesannya terhadap alam sekitar. 



“Mikroplastik merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada perubahan iklim secara tidak langsung melalui beberapa mekanisme seperti penghasilan plastik, dibakar atau dibuang dengan proses yang melepaskan gas rumah hijau yang boleh mempercepatkan pemanasan global.



“Mikroplastik yang terkumpul di permukaan laut juga boleh menyebabkan perubahan kadar serapan matahari dan mempengaruhi keadaan suhu air yang boleh memusnahkan ekosistem marin dan mengganggu rantai makanan.



“Selain itu, kajian penyelidikan yang menghubungkan pencemaran mikroplastik di lautan dengan frekuensi atau keamatan cuaca yang melampau seperti taufan adalah terhad,” katanya.

 

 

 

 

Sementara itu, Pelajar Bacelor Sains Kimia dengan Kepujian, Fakulti Sains, UPM, Muhammad Ariff Aiman Mohd Ridzal berkata program ini memberi kesedaran mengenai mikroplastik yang terurai dari plastik serta membantu masyarakat sedar kepentingan menjaga haiwan akuatik demi ekosistem stabil.



“Mikroplastik dapat mengubah sifat fizik dan kimia air boleh mempengaruhi organisma laut yang penting untuk keseimbangan ekosistem kerana mikroplastik boleh merosakkan habitat pelbagai spesis serta mengganggu rantai makan haiwan akuatik.



“Melalui program ini, saya pelajari bahawa masyarakat perlu lebih cakna tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar demi mengurangkan kesannya terhadap perubahan iklim,” katanya.



Pelajar Bacelor Sains Kimia Petroleum dengan Kepujian, Fakulti Sains, UPM, Muhammad Harith Danial Ramli berkata aktiviti pembersihan pantai ini dapat memelihara ekosistem pantai namun perlu ditingkatkan kekerapan pembersihan dan pengawasan bagi memastikan kelestarian pantai terpelihara.



“Ini adalah penting dalam memastikan sumber makanan laut kita bersih dan terhindar daripada ancaman mikroplastik jika kita tidak mengambil serius tentang penjagaan yang menyeluruh,” katanya.

 

 

 

SXMWJAv~