?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM Rekod Lonjakan Berterusan dalam Ranking Universiti Dunia

 

SERDANG, 19 Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) merekodkan lonjakan berterusan dalam QS World University Rankings (QS WUR) bagi tempoh tiga tahun berturut-turut. Berdasarkan keputusan penarafan terbaharu QS WUR 2026, UPM berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke-134 terbaik dunia dengan mencatat peningkatan skor dalam kesemua indikator penilaian.

 

Peningkatan ini didorong oleh dua indikator utama iaitu Reputasi Akademik dan Sitasi per Fakulti yang merupakan antara komponen terpenting dalam sistem penilaian QS. UPM mencatat peningkatan skor sebanyak 14.7 mata bagi indikator Reputasi Akademik manakala skor Sitasi per Fakulti turut meningkat sebanyak 12.6 mata.

 

Lonjakan skor dalam Reputasi Akademik mencerminkan pengiktirafan yang semakin tinggi daripada komuniti akademik serantau dan global terhadap keunggulan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh akademia UPM, sekali gus mengukuhkan kualiti program program pengajian dan graduan yang dihasilkan.

 

Pencapaian ini juga selari dengan pengiktirafan yang diterima oleh Sekolah Peniagaan dan Ekonomi daripada Association of MBAs (AMBA) baru-baru ini yang melengkapkan status Triple Crown Accreditation, gabungan tiga badan akreditasi perniagaan terkemuka dunia, iaitu AMBA (UK), AACSB (Amerika Syarikat), dan EQUIS (Eropah). Pengiktirafan ini  memberi kelebihan strategik kepada UPM dalam memperluas jaringan kerjasama industri dan akademik di peringkat global.

 

Manakala peningkatan dalam indikator Sitasi per Fakulti sebanyak 12.6 mata pula menandakan lonjakan impak penyelidikan warga akademik UPM di peringkat antarabangsa dengan memperkukuh penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi.

 

Naib Canselor UPM, Yang Berbahagia Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, pencapaian cemerlang Universiti ini adalah hasil usaha bersepadu melibatkan seluruh warga universiti yang bekerjasama dalam menjayakan kerangka True North UPM yang antara lain menetapkan sasaran kesohoran di peringkat global sebagai teras utama. Dedikasi dan sokongan penuh yang diperolehi dari pelbagai peringkat staf yang digembleng bersandarkan kepada misi, visi, nilai dan budaya kecemerlangan membolehkan UPM terus merekodkan kejayaan demi kejayaan dalam segala aspek terutamanya penyelidikan dan reputasi antarabangsa.

 

"Pencapaian ini, diharapkan dapat membantu meningkatkan lagi kebitaraan UPM yang pada akhirnya akan memberikan sumbangan yang bermakna kepada kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat, selain mampu menarik minat pelajar antarabangsa untuk mengikuti program pengajian di UPM,” katanya.

 

Peningkatan skor keseluruhan UPM dalam QS WUR 2026 juga didorong oleh proses penambahbaikan yang dilaksanakan oleh universiti secara berterusan merangkumi semua aspek penilaian utama termasuk akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan dan kebolehpasaran graduan.

 

Walaupun terus mencatat peningkatan, sebagai institusi ilmu yang sentiasa mengutamakan kualiti dan kecemerlangan, UPM percaya ada banyak lagi ruang penambahbaikan agar kecemerlangan ini dapat terus dipertingkatkan. Untuk itu, antara inisiatif yang akan diteruskan ialah, memberi perhatian kepada kualiti penyelidikan dalam bidang tujahan utama khususnya bidang pertanian dan keterjaminan makanan di samping meningkatkan reputasi universiti di peringkat lokal dan juga global. Bagi menjayakan agenda ini, UPM akan terus memperhebatkan usaha secara tersusun dan berstruktur melalui penanda aras dalam aspek amalan dan pencapaian UPM dengan universiti yang cemerlang di rantau ini dan juga dunia.

WYHBWA~