???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur Malam Tunas Budaya 2024 semarak seni budaya

 

SERDANG, 14 Oktober - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar menganjurkan Malam Tunas Budaya sempena Minggu Perkasa Putra Sesi 2024/2025 untuk menyemarakkan seni budaya dalam kalangan pelajar.


Penganjuran MTB ini sejajar dengan bidang tujahan UPM iaitu Pertanian untuk Rakyat (PUTRA) bagi memupuk semangat serta mencungkil bakat pelajar dalam kesenian budaya warisan.

 


Pelajar Bacelor Komunikasi dengan Kepujian dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Nur Yasmin Sofea Ahmad Huskhairul Anuar berkata, program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran komunikasi mereka melalui pelbagai medium seperti penulisan, visual dan seni persembahan.


“Saya berpeluang untuk memahami konsep seni budaya dengan mempelajari cara menyampaikan emosi dan mesej melalui seni bagi meningkatkan keupayaan berkomunikasi secara efektif.

 


“Penyertaan ini memberi pengalaman berharga pada kami semua kerana dapat memupuk semangat perpaduan antara pelbagai kaum serta menghargai warisan seni budaya negara,” katanya.


Dalam pada itu, Kolej 14 di nobatkan sebagai Johan dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1500 beserta dua piala bagi kategori johan persembahan dan anugerah vokal terbaik.

 

 

Manakala Naib Johan dari Kolej Pendeta Za’ba (KPZ), diikuti dengan tempat ketiga disandang oleh Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KMB).


Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Arifin Abdu serta pelajar-pelajar dan staf UPM.

SXKSTAW~