???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur Applied Informatics International Conference 2024, perluas bidang informatik terapan

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

Foto Oleh: Muhammad Nur Zairi Mohd Nazari

 

 

 

 

SERDANG, 9 Oktober - Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini telah menganjurkan Applied Informatics International Conference 2024 bagi  memperluaskan penyelidikan dalam bidang informatik terapan.

 

 

Program yang bertemakan "Leveraging on Artificial  Intelligence and Emerging Technologies in Applied Informatics" itu memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI) terkini, mengenal pasti corak dan membuat ramalan untuk memperluaskan bidang penyelidikan dan inovasi  ke tahap antarabangsa serta memperkukuhkan ekosistem inovasi tempatan. 

 

 

Ketua program, Prof. Madya Ts. Dr. Yusmadi Yah Jusoh berkata, program ini mengumpulkan pakar-pakar untuk berkongsi dan bertukar dapatan kajian, terutamanya dalam bidang informatik terapan, bagi menangani cabaran dan mencari peluang berkaitan teknologi AI.

 

 

“Peserta juga dapat membina jaringan kerjasama yang lebih kukuh antara universiti dan pelbagai industri bagi membuka peluang untuk inovasi yang dapat membawa kepada penciptaan produk dan perkhidmatan baharu,” katanya.

 

 

 

 

Sementara itu, Dekan FSTM, UPM, Prof. Dr. Dato' Shamala K. Subramaniam berkata, penyelidikan informatik terapan adalah bersifat disiplin yang memberi penekanan kepada bidang sistem maklumat (IS) dan aplikasi teknologi maklumat (IT).

 

 

“Contohnya, dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan analisis data ini dapat membantu atlet mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka, serta memperbaiki teknik dan strategi latihan yang dapat memberi manfaat kepada komuniti terlibat dan masyarakat.

 

 

“Jadi, pihak kerajaan boleh merangka dasar dan strategi yang lebih baik untuk pembangunan sukan di negara merujuk kepada bukti dan analisis yang tepat serta boleh meningkatkan prestasi atlet dalam pertandingan antarabangsa, sekaligus membina reputasi yang lebih baik dalam arena sukan global,” katanya.

 

 

SXKSQAN~