???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM akan memperkasakan penggunaan AI di kalangan pelajar dan staf

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

 

SERDANG, 16 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) akan memperkasakan penggunaan kecerdasan buatan (AI) di kalangan pelajar dan staf dalam mempelajari ilmu tersebut bagi membantu memudahkan pembelajaran dan pengajaran.

 

Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, beliau yakin pendedahan AI hanya diketahui secara umum namun tidak secara mendalam dan ini menyebabkan kekeliruan mengenai kelebihan teknologi berkenaan.

 

 

“Kefahaman terhadap AI adalah penting bagi mengubah perspektif terhadap teknologi ini yang boleh digunakan secara positif contohnya untuk pelajar ianya secara langsung membantu memudahkan pembelajaran dan kerana itu staf juga perlu mempunyai kefahaman ilmu tersebut,” katanya.

 

Pelajar tahun tiga, Bacelor Sains Komputer (Multimedia) dengan Kepujian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UPM berkata, teknologi AI ini penting kerana mempermudahkan kehidupan masyarakat masa kini dalam pencarian informasi.

 

 

“Sebagai pelajar sains komputer, teknologi ini sangat membantu saya terutamanya ketika tidak memahami istilah pengkomputeran yang terlalu teknikal yang memerlukan penjelasan yang mudah difahami,” katanya.

 

Dalam pada itu, Program AI untuk Rakyat telah diluncurkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini di Universiti Putra Malaysia.

 

 

UPM turut mengadakan pameran berkaitan teknologi AI yang disertai oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) berkenaan antaranya FSKTM, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Fakulti Sains, Institut Kajian Perladangan (IKP), Fakulti Pertanian, Fakulti Kejuruteraan dan Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS).

 

Program itu merupakan satu inisiatif untuk mendekatkan jurang literasi digital di kalangan rakyat Malaysia serta dapat memberikan fahaman asas mengenai teknologi tersebut yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

SXMWJAn~