???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

?€?UPM adalah rumah kedua, Menara Ilmu terbaik dalam pengajian tinggi?€?

 

SERDANG, 30 Nov – “Pemilihan kami untuk menyambung pengajian ke Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai rumah kedua adalah bertepatan, Menara Ilmu terbaik dalam menyambung pengajian tinggi di sini,” kata pasangan suami isteri Dr. Yong Farmanta dan Desi Bang Yong yang bergraduat pada Majlis Konvokesyen UPM kali ke 47 Sidang 2, hari ini.

 

Suami isteri itu yang juga merupakan pelajar antarabangsa UPM dari Indonesia telah bersepakat bersama untuk berkelana mencari ilmu di Malaysia.

 

Dr. Yong Farmanta, 44, graduan PhD yang juga Timbalan Pengarah di Kementerian Pertanian di Jambi, Indonesia berkata beliau disyorkan oleh rakan sekerjanya untuk menyambung pengajian doktor falsafah di universiti ini.

 

“Kebanyakkan rakan di kementerian merupakan alumni UPM dan itu lebih menyakinkan saya untuk melanjutkan pengajian dan penyelidikan PhD saya iaitu Kajian Pemuliharaan dan Kualiti Alam Sekitar di Fakulti Pertanian.

 

 

“Pengajian di UPM adalah seimbang mempunyai gabungan teori dan praktikal serta pelbagai teknologi pertanian yang saya dapat terokai di kampus ini yang memberi saya inspirasi untuk diaplikasikan di negara saya kelak,” katanya.

 

Bagi Desi Bang Yong, 39, graduan Master Psikologi Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan berkata beliau turut menerima UPM kerana yakin dengan kualiti pengajaran serta anatra universiti terbaik di Asia Tenggara.

 

“Tempoh pengajian saya di sini memberi kenangan manis kepada saya dan sungguhpun perlu melalui pembelajaran secara online ketika pandemik COVID-19 ianya memberikan saya pengalaman baharu,” katanya. 

 

Mereka turut meminati dengan budaya serta keramahan rakyat Malaysia dan mempunyai impian untuk menghantar anak mereka menyambung pengajian di UPM pada satu hari nanti.

SXKSUAT~