SERDANG, 13 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah menganjurkan latihan asas penanaman fertigasi secara amali melibatkan 44 murid dan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Aman Jaya, Kedah, baru-baru ini.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pembangunan Agropreneur Muda yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang pertanian moden, khususnya teknologi fertigasi yang bakal diaplikasikan di sekolah masing-masing.
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin telah hadir merasmikan program tersebut bersama Pengarah UCTC, Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad.
Selain itu, seramai 10 orang pegawai UCTC, UPM turut menjayakan program tersebut sebagai penceramah dan fasilitator sepanjang sesi berlangsung.
Ketua Seksyen, Bahagian Pengembangan Pertanian UCTC, UPM, Mahani Amat @ Halimi berkata, pendekatan praktikal dipilih bagi membolehkan peserta memahami konsep serta proses sebenar penanaman fertigasi dengan lebih berkesan.
“Kami tekankan pendekatan amali kerana ia lebih mudah difahami dan me