???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Terima kasih atas setiap pengorbanan, kasih sayang, dan usaha ibu untuk saya

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

 

 

SERDANG, 30 November – Kehilangan insan yang tersayang membuatkan kita hilang tempat bergantung dan menyandarkan pengharapan pada saat diperlukan.

 

Menurut pelajar Sarjana Komunikasi Korporat, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM),  Fatin Nabilah Ahmad Kamal, 32, kehilangan ibu semasa semester terakhir pengajiannya di UPM menjadikan dunia tiba-tiba kelam dan perasaan diselubungi kesedihan.

 

“Ibu tahu saya sangat sibuk dengan kerja dan belajar, namun dia tidak pernah menyusahkan saya walaupun dia sedang sakit.

 

“Setiap hari tanpa jemu ibu yang akan menemani saya untuk belajar pada waktu malam untuk memberi saya semangat agar tidak mengalah untuk menamatkan Master saya.

 

“Bukan itu sahaja, setiap hari saya akan berulang-alik dari rumah di Wangsa Maju ke tempat kerja di Subang Jaya dan menuntut ilmu di Serdang menggunakan pengangkutan awam.

 

Beliau berkata kehidupannya tidak sama seperti orang lain, namun beliau tempuhinya dengan kuat demi ibu yang banyak memberi semangat.

 

 

“Saya kena kuat untuk ibu, walaupun penat. Apa yang tak boleh dilupakan apabila kesihatan ibu semakin hari semakin merosot dan  paling mengejutkan apabila doktor telah mengesahkan ibu menghidap kanser.

 

“Paling sedih ibu menghembuskan nafas terakhir setelah saya kongsikan keputusan peperiksaan semester terakhir.

 

“Saya amat bersyukur beliau sempat bersama saya sehingga ke hari keputusan peperiksaan akhir semester dikeluarkan,” ujarnya.

 

Katanya, ibu adalah insan yang memberi kekuatan untuk dirinya menempuh kehidupan sehingga kini, terima kasih ibu.

SXMSEA0~