???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Tak mudah peroleh PhD sambil bekerja, sambung diploma pendidikan dan urus keluarga

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Noor Azreen Awang

 

 

SERDANG, 27 Nov- Sewaktu sedang menyiapkan tesis doktor falsafah (PhD) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd Hazreen Shah Hassan, 31, sedang menyambung diploma pendidikan dan melakukan kerja hakiki setiap hari sebagai seorang guru di sekolah jenis kebangsaan cina.

 

Beliau melakukan tiga perkara dalam satu waktu bagi memperoleh PhD hari ini dalam Majlis Konvokesyen UPM ke-47. Ianya bukanlah sebuah perkara yang mudah untuk dilakukan serentak, namun isteri dan anak-anak adalah kekuatannya untuk menempuh perkara yang mustahil ini.

 

“Lagi-lagi ketika dunia sedang dilanda pendemik Covid-19 dua tahun lalu. Pada masa itu saya sedang bertugas sebagai seorang guru dan ianya agak mencabar kerana proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Oleh itu, saya perlu menyediakan bahan pengajaran menggunakan powerpoint bagi memastikan murid memahami perkara yang diajar.

 

“Jadinya, masa itu perlu diperuntukkan setiap malam bagi menyediakan alat pembelajaran untuk diajar pada keesokkan harinya. Pada masa yang sama, benak fikiran juga memikirkan tesis yang perlu disiapkan dan tugasan diploma yang perlu dihantar segera,” katanya.

 

Beliau berkata, oleh kerana jadual yang sangat padat pada setiap malam beliau terpaksa mengorbankan waktu tidurnya untuk menyiapkan semua tugasan bagi kerja hakiki dan juga fokus kepada tesis dan diplomanya.

 

Ayah kepada tiga orang anak ini berkongsi, dia hanya dapat tidur sehari satu hingga dua jam sahaja demi menyiapkan tesis PhD, diploma, bahan pengajaran dan juga kerja sampingan lain bagi menampung yuran pengajiannya.

 

“Saya mengambil tempahan jambangan bunga. Adakalanya jika tempahan banyak, saya tidak akan tidur langsung demi menyiapkan tempahan pelanggan. 

 

“Sepanjang pengajian Phd dan diploma pendidikan, saya tidak mendapat apa-apa tajaan semasa menyambung pengajian. Yuran pengajian bagi setiap sem untuk kedua-dua pengajian adalah sekitar RM 1,700.00 sehingga RM 2,700.00. 

 

“Jika dihitung gaji seorang guru yang baru sahaja bekerja tidaklah banyak. Jadi saya terpaksa melakukan kerja-kerja sampingan sejak daripada master dengan membuat perkhidmatan gubahan bunga. Pada musim perayaan, saya menjual kuih raya bagi menyara keluarga dan membayar yuran pengajian,” katanya.

 

Niat beliau cuma satu untuk mengais secebis rezeki yang mungkin tidak seberapa bagi menampung bukan sahaja belanja pengajian di universiti, tetapi juga menyara kehidupan isteri bersama tiga orang cahaya mata.

 

Mohd Hazreen bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian peringkat PhD, bidang Bahasa Melayu meskipun terpaksa membahagikan masa sebagai seorang pelajar, suami, guru, usahawan dan juga bapa.

SXKSQAe~