???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Sharifah Norziana berjaya tamatkan pengajian Ijazah, terima Pingat Emas Canselor UPM

Oleh: Sharifah Hannah Adibah Wan Serail

Jurufoto: Noor Azreen Awang

SERDANG, 25 Nov – Graduan Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Sharifah Norziana Sayed Salleh, 24, menerima Pingat Emas Canselor sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 2 Tahun 2023. 

“Pingat Emas Canselor merupakan hadiah universiti dan penghargaan tertinggi kepada pelajar peringkat Ijazah yang berjaya menamatkan pengajian, dan saya tidak pernah bermimpi bahawa saya boleh mendapatkannya.

“Saya berasal dari kampung dan hidup dalam keluarga yang cukup sederhana, tetapi kesederhanaan itu yang menguatkan saya dalam perjuangan menuntut ilmu, dan akhirnya berada dalam majlis konvokesyen pada hari ini bersama kedua ibu bapa saya, untuk menerima penganugerahan yang cukup bermakna daripada pihak UPM,” katanya. 

Berkongsi kisah sedih dalam perjuangan demi segulung Ijazah, Sharifah Norziana terpaksa menamatkan program latihan industri agak lewat berbanding rakan sekelas lainnya dan daripada tarikh yang sepatutnya, kerana terpaksa pulang ke kampung untuk menjaga ayahnya yang sakit akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

“Ketika itulah kecekalan hati diuji apabila merasakan diri berada pada titik terendah serta aura negatif mulai menyelimuti pemikiran sihat saya sehinggakan saya memilih untuk menyendiri dan terlantar di atas katil selama beberapa hari,” katanya. 

Namun begitu, anak bongsu daripada empat beradik itu bersyukur kerana dia boleh bangkit dengan tidak membiarkan dirinya hanyut dalam fikiran dan perasaan negatif. 

“Sebagai seorang pelajar, stres ialah perkara biasa yang akan dialami oleh setiap orang, tetapi cara kita mengendalikannya akan membantu kita untuk fokus semula kepada tujuan jihad dalam menuntut ilmu. 

“Secara peribadi, saya berpendapat bahawa menjaga hubungan dengan Maha Pencipta ialah perkara penting yang akan membantu kita cekal secara fizikal dan mental,” katanya. 

Gadis yang berimpian untuk menjadi kaunselor itu memiliki cita-cita yang tinggi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia.

“Saya ingin mengubah persepsi masyarakat yang beranggapan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hanyalah untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan mental yang teruk atau ‘gila’.

“Walhal, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sebenarnya merupakan satu bentuk pertolongan yang sama pentingnya dengan rawatan fizikal di hospital untuk membantu masyarakat dalam perkembangan dan kesihatan diri menerusi rawatan emosi dan trauma.

“Saya berpendapat bahawa masyarakat dalam sebuah negara maju perlu bersifat terbuka dan mempunyai persepsi positif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, khususnya dari aspek kesihatan mental yang akan melahirkan masyarakat yang produktif dan inovatif, dan seterusnya menyokong pertumbuhan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Sharifah Norziana menyifatkan kegiatan menuntut ilmu sebagai suatu perjalanan mulia yang perlu disertakan dengan niat yang betul. 

“Sebagai pelajar, kita hendaklah sentiasa memperbetul niat dalam menuntut ilmu, iaitu pengetahuan dan pengalaman yang digarap sepanjang pengajian bukan untuk kepentingan peribadi semata-mata, melainkan untuk kembali berbakti kepada masyarakat.

“Saya berharap agar saya boleh menyumbang bakti kepada masyarakat, khususnya dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerana masalah kesihatan mental tidak sepatutnya dipandang sebelah mata,” katanya.

SXKSQAL~