???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Selepas 10 tahun, bekas kapten skuad ragbi negara syukur berjaya genggam ijazah

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

 

 

SERDANG, 29 Nov – Setelah 10 tahun membahagi masa antara akademik dan beraksi di atas padang, akhirnya Muhammad Ameer Nasrun Zulkeffli, 30, berjaya menggenggam segulung ijazah Bacelor Pendidikan Jasmani pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malasyia (UPM) ke-47, hari ini.

 

Beliau yang merupakan bekas kapten skuad ragbi negara 2020 hingga 2022 berkata pelbagai cabaran yang ditempuhi sepanjang bergelar atlet negara selain tidak melupakan kepentingan pendidikan.

 

“Hari ini saya berasa bangga dan gembira akhirnya saya berjaya juga melunaskan impian untuk bergraduat walaupun mengambil masa yang lama kerana perlu menjalani latihan di luar negara seperti Australia dan New Zealand selain perlawanan mewakili Malaysia.

 

“Kini saya sedang menunggu panggilan untuk menjadi guru dan fokus menjadi jurulatih ragbi di Sekolah Menengah Sains Alam Shah,” katanya yang pernah meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

 

Sementara itu, kapten semasa skuad ragbi negara, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi, 26, turut meluahkan rasa syukur berjaya meraih ijazah dalam bidang yang sama  seperti Ameer walaupun terlewat setahun.

 

“Saya lambat setahun daripada rakan-rakan sekelas yang telah bergraduat pada tahun lalu tetapi saya masih gembira untuk diri saya walaupun tidak dapat berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan.

 

“Sejak tahun pertama lagi saya sudah menyusun jadual latihan permainan saya untuk bergraduat pada masanya namun perancangan Allah lebih baik. Memang kena susun betul-betul masa antara latihan dan akademik sekiranya atlet ingin bergraduat tepat pada masanya.

 

“Jangan ada subjek wajib yang tertinggal pada satu semester. Sekiranya boleh ambil subjek tersebut pada semester berkenaan jangan tangguh bawa kepada semester hadapan kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada semester akan datang,” katanya.

SXKSQAx~