???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Sanggup kerja setiap hari demi membayar yuran master

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

SERDANG, 26 Nov – Tunggakan yuran pengajian master membuatkan Michelle Rodrigues nekad untuk mencari kerja sambilan dan bekerja setiap hari walaupun sudah mempunyai kerja tetap demi menyambung pengajian dalam Master Keusahawanan.

Anak sulung daripada dua beradik ini juga perlu menjadi ketua keluarga apabila kedua ibu bapanya berpisah dan ibunya yang ditimpa sakit serta perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim pada 2018.  

“Pada 2017 saya terpaksa menamatkan pengajian master kerana masalah kewangan dan perlu bekerja untuk menyara keluarga. Banyak kerja sampingan yang saya lakukan selepas waktu bekerja wajib termasuklah pada sabtu dan ahad.

“Saya tidak berhenti usaha dan tidak berputus asa untuk menyempurnakan pelajaran saya ini. Saya mula memberanikan diri untuk mendaftar semula sebagai pelajar Master pada awal tahun 2020.

“Kehidupan saya boleh dikatakan kerja, kerja dan kerja. Saya perlu terus kuat untuk menelusuri liku-liku kehidupan dan menyara keluarga saya selain mencapai impian saya untuk berjaya dalam akademik.,” katanya.

Tambahnya, dalam perjalanan kehidupan setiap orang sememangnya akan ada dugaan dan cabaran tersendiri namun setiap individu perlu mempunyai semangat yang tinggi demi mencapai impian.

Kini beliau amat bersyukur dapat mencapai impiannya untuk meraih Sarjana dalam bidang keusahawanan dengan keputusan yang cemerlang selain memasang niat untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah. -UPM 

SXMWVAU~