???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Sahkan waktu berbuka dengan yakin untuk elak Iftar awal

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

SERDANG, 5 April - Sebagai umat Islam pada era moden sepatutnya lebih cakna dalam menggunakan aplikasi masuknya waktu solat mengikut kawasan atau zon tempat tinggal masing-masing bagi mengelakkan kejadian berbuka puasa lebih awal.

Menurut Pengarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim  berkata, bagi mengelakkan insiden seperti itu berlaku, umat Islam perlu mengambil tahu waktu berbuka yang sebenar mengikut zon tempat tinggal.

“Para ulama sepakat bahawa waktu berbuka telah dipastikan matahari terbenam, baik dengan cara melihatnya mahupun dengan khabar daripada dua orang yang adil” (Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 4/199).

“Kami tegaskan di sini bahawa dalam era moden ini, boleh dikatakan tidak ada yang tidak mempunyai jam, takwim, mahupun aplikasi dalam telefon pintar yang menyatakan waktu berbuka,” katanya.

Berikut penjelasan Ustaz Zuhaimi bagi mengulas insiden umat Islam yang berbuka puasa lebih awal kerana azan Maghrib dari kesilapan stesen radio tempatan dianggap terbatal puasanya dan perlu diganti balik selepas Ramadan.

Katanya, umat Islam dapat lebih berhati-hati serta tidak terburu-buru berbuka lebih awal sebelum disahkan dengan penuh yakin walaupun bezanya beberapa minit. - UPM

SXMWWAr~