???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

RM10 untuk Nornazli langsung pengajian

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

“Belajar sambil bekerja mengingatkan saya mencari duit itu bukannya mudah dan disitulah mengajar saya untuk berusaha demi mencapai matlamat yang saya impikan,” katanya.

 

Nornazli Shah Norazam Shah, 20, graduan Diploma Perhutanan dari Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan berkata, motivasi untuk beliau belajar sambil bekerja adalah untuk membantu meringankan beban ayahnya.

 

Beliau yang berasal dari Batang Kali, Selangor telah dibesarkan oleh ayahnya bersama tiga orang adik-beradik sejak ibunya meninggal dunia ketika umur beliau 16 tahun.

 

“Saya bekerja pada waktu malam di mana saya bekerja mengambil makanan daripada pembekal untuk dihantar ke bilik-bilik pelajar yang membuat tempahan.

 

 

“Selain itu, saya juga bekerja di kebun pada hari cuti untuk membersihkan kebun, mengutip buah dan jual di kantin UPMKB,” katanya yang ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Sidang 1 di Kampus Bintulu hari ini.

 

Pendapatan yang diperolehnya ialah sehari sekitar RM 10, cukup menampung perbelanjaan makan minum seharian di samping perbelanjaan untuk pengajian beliau.

 

“Bagi saya tiada cabaran yang tidak dijangka akan terjadi, jadi perlu  bersemangat serta rajin dan berusaha untuk mendapat sesuatu perkara atau tujuan yang saya inginkan.

 

Menurut beliau, matlamat peribadi terbesarnya ialah hendak menjadi seorang insan berjaya yang membantu ahli keluarga dan orang-orang yang tidak berkemampuan kerana perasaan yang di lalui olehnya memberi kesedaran terhadapnya mengenai kehidupan yang telah jalani sepanjang berada disini.

SXMWWAc~