???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Putra Young Scientists cakna kebajikan pelajar UPM

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

SERDANG, 24 Januari - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Sains telah menganjurkan majlis perasmian program Putra Young Scientists Care (PYSC) dan Putra Young Scientists Apprentice (PYSA) baru-baru ini.

 

Program yang bertemakan ‘Melangkaui Jangkaan’ ini bertujuan membantu pelajar untuk menghadapi cabaran masa depan dengan membentuk mereka menjadi pemimpin yang berjaya serta mengukuhkan semangat tanggungjawab sosial.

 

Ketua Program, Prof. Madya ChM. Dr. Tan Kar Ban berkata, program Putra Young Scientists Care (PYSC) menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang kurang bernasib baik atau pelajar yang memerlukan.

 

“Bantuan kewangan ini untuk memastikan pelajar dapat mencapai kejayaan akademik dan peribadi mereka tanpa terbeban oleh masalah kewangan kerana masalah ini boleh menjadikan mereka bersikap putus asa.

 

“Melalui program ini juga, pelajar mendapat ilmu pengalaman praktikal yang mengintegrasikan pembelajaran akademik dengan pengalaman dunia sebenar sebagai persediaan mereka,” katanya.

 

 

 

Pelajar Bacelor Sains Kimia dengan Kepujian, Loh Hui Shan, 23, berkata Putra Young Scientists Apprentice (PYSA) memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan praktikal bersama syarikat Ninso serta NanoTextile.

 

“Selain bantuan bantuan ini juga mampu mengubah kehidupan para pelajar yang memerlukan kerana pendidikan merupakan keutamaan dalam tangga kejayaan,” katanya.

 

Menurut pelajar Bacelor Sains Kimia Petroleum dengan Kepujian, Muhammad Harith Danial Ramli, 22, menyatakan bahawa program ini menyediakan bantuan kewangan berbentuk e-wallet dan melalui bantuan ini mampu membeli kelengkapan mereka.

 

“Sedikit sebanyak meringankan beban pelajar serta mengelakkan mereka supaya tidak berikat perut demi memastikan kewangan mereka mencukupi.

 

 

 

WYDJWAb~