???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Program LLTN 8.0 Tingkatkan Kesedaran Biodiversiti Remaja B40 di Gombak

Oleh: Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, Dr. Nasrudin Subhi, Diana Ahsani, Wan Farhanah Qistina Khairulnizam @ Khatab, Mohamad Izzuddin Mohd Hadir, Nur Salsabila Husna Ismail, Nur Aisyah Zahrilail, Nurzarliatul Izzah Ramli

 

GOMBAK, 6 Ogos – Seramai 34 remaja B40 di bawah program PERMATA Remaja telah menyertai program Let’s Listen To Nature 8.0 (LLTN 8.0) yang telah dianjurkan oleh Jabatan Biologi, Fakulti Sains (FS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Selain itu, program Let’s Listen to Nature 8.0 (LLTN 8.0) 2024 telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik-Majlis Perwakilan Fakulti Sains (FASSCO) di dalam Majlis Anugerah Putra Ikon (API) 2024.

Penasihat program, Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir,berkata program ini bertujuan memupuk kesedaran mengenai kepelbagaian biodiversiti serta kepentingan pemeliharaan ekosistem dan amalan kitar semula.

 

 Pengarah program, Diana Ahsani, berharap pengetahuan yang diperoleh peserta dapat dikongsi dengan masyarakat.

 

“Program ini merangkumi pelbagai aktiviti menarik yang menghubungkan peserta dengan alam sekitar dan komuniti setempat.

 

“Kami juga menunjukkan kepada peserta bahawa sains itu tidak sukar, dan tanpa disedari, mereka sebenarnya telah mengaplikasikan teknik-teknik dalam bidang pertanian, keusahawanan dan biologi di dalam kehidupan.

 

“Program ini juga dapat menerapkan semangat usahawan komersial yang mesra alam dalam kalangan golongan muda,” katanya ketika melaksanakan program di Nur Laman Bestari Eco Resort, Gombak, Selangor.

 

Program yang telah disertai oleh 41 orang mahasiswa biologi UPM ini telah dilaksanakan di lapangan, selaras dengan objektif utama, iaitu mendekatkan penganjur dan peserta dengan alam sekitar.

 

Dalam pada itu, penganjuran program ini menyokong Matlamat 1 Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang. 

 

SXKSUAu~