???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Pilih industri perikanan untuk tangani masalah kekurangan benih ikan air tawar

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

Foto Oleh: Saleha Haron

PUCHONG, 22 Jan- Jatuh cinta dengan ikan air tawar sejak dari kecil menyebabkan seorang pemuda ini nekad berhenti kerja dari industri kewangan dan memilih industri perikanan kerana menyedari benih ikan air tawar di Malaysia kurang.

Peserta Program Pusat Kecemerlangan Industri Pertanian (IPR INTAN @UPM), Muhammad Hafizi Muhammad Suki, 35, memilih bidang perikanan sebagai bidang kerjaya tetapnya kerana melihat industri ikan air tawar kurang dipolopori di Malaysia lagi-lagi benih ikan air tawar.

“Oleh kerana itu, saya memilih untuk menyertai program IPR INTAN @UPM di di Pusat Kecemerlangan Industri Pertanian, Ladang Pusat Pertanian Putra, Puchong bagi mempelajari teori dan juga taktikal.

“Di sini, pensyarah dan penyelidik UPM banyak mengajar saya untuk menggunakan teknologi dan cara penternakan ikan dengan betul dan menghasilkan benih ikan.

“Namun apabila menyertai program IPR INTAN @UPM, saya memperoleh ilmu untuk menguruskan kolam ikan berskala besar dan juga belajar menjadi seorang usahawan perikanan yang berjaya.

Beliau berkata selepas sahaja tamat program IPR INTAN @UPM bagi modul ternakan akuakultur selama setahun setengah beliau ingin menjadi seorang pembekal benih ikan air tawar berkualiti tinggi di Malaysia.

“Ini kerana di Malaysia, penternak ikan air tawar itu ramai, namun pembekal benih ikan sangat kurang,” katanya.

Program Pusat Kecemerlangan Industri Pertanian (IPR INTAN @UPM) menyokong inisiatif Kementerian Ekonomi menerusi IPR INTAN dalam meningkatkan pendapatan B40 melalui pertanian dengan anggaran pendapatan tambahan RM 2000.00/bulan

Peserta akan diberi peluang untuk mengusahakan ladang tanaman atau akuakultur secara komersial dengan menggunakan teknologi terkini dan juga belajar untuk membina asas kewangan yang lestari. Sokongan daripada industri dan pemantauan daripada UPM akan membantu peserta dalam proses ini.

Selain itu, program memenuhi pelan Strategi UPM iaitu memperteguh sumbangan pertanian disamping memperkasa mahasisw dan ia sejajar dengan teras strategi Dasar Agromakanan Negara 2.0 iaitu permodenan pertanian, peningkatan hasil pengeluaran, pembangunan bakat, amalan pertanian mampan dan ekosistem pertanian yang kondusif.

Sementara itu, Peserta Program IPR INTAN @UPM, Mohammad Asiren Mohd Sharif, 41, menyatakan beliau bekerja sebagai pengurus ladang kelapa sawit dan juga menguruskan kolam ikan sendiri di Melaka tanpa ilmu.

Beliau telah membuat sebuah kolam dan meletakkan ikan dan menjaganya tanpa sebarang ilmu sehingga mengakibatkan kerugian yang besar.

“Peluang yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi menerusi IPR INTAN ini telah membuka mata saya untuk belajar dan rugi jika tidak mengambil peluang yang ada di depan mata ini.

“Saya nampak potensi industri akuakultur ini. Dengan ilmu yang diperoleh, saya akan membantu usahawan-usahawan bidang perikanan dengan kaedah yang lebih bagus seperti yang dipelajari di UPM.

“Tidak semua perkara boleh diperoleh di dalam Youtube, kita perlu mencari ilmu ini dengan pakar dalam bidang ini demi menghasilkan lebih banyak produktiviti ikan air tawar di Malaysia,” ujarnya.

SXMWVA4~