???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Periksa mata anak seawal mungkin elak penyakit mata malas

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
 
SERDANG, 9 Okt- Saringan penglihatan mata seawal usia lima tahun perlu dilakukan bagi mengelakkan kanak-kanak mengalami mata malas (ambliopia).
 
Menurut pakar Oftalmologi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (HSAAS UPM), Prof. Madya. Dr. Muhammad Mohd Isa berkata, program saringan ini dilakukan kepada kanak-kanak seawal usia  lima tahun bertujuan untuk mengesan awal sebarang masalah mata malas.
 
"Pengesanan awal ini adalah bagi  mengenal pasti sebarang masalah penglihatan supaya keadaan seperti mata malas (ambliopia) dapat diberi rawatan sebelum terlambat.  
 
 
 "Oleh yang demikian Jabatan Oftalmologi, HSAAS UPM telah melakukan program saringan mata kepada 62 orang kanak-kanak berumur lima dan enam tahun di Pusat Penyelidikan Keluarga, Remaja dan kanak-kanak, (FACE UPM)," katanya pada  Sambutan Hari Penglihatan Sedunia atau World Sight Day.
 
Beliau berkata saringan  ini dilakukan agar tiada keciciran kanak-kanak pra sekolah yang mempunyai masalah penglihatan sebelum memasuki fasa persekolahan. 
 
"Pengesanan awal ini bagi  mengenal pasti sebarang masalah penglihatan dan dapat diberi rawatan sebelum terlambat.  
 
"Pada program ini, kami juga membuat penerangan mengenai tanda-tanda awal dan masalah penglihatan yang kebiasaannya berlaku dalam kalangan kanak-kanak kepada guru-guru dan penjaga di FACE serta memberi pendedahan bagaimana saringan penglihatan dijalankan kepada kanak-kanak.
 
 
Tambah beliau, keputusan saringan yang dibuat di FACE UPM mendapati seramai 30 orang kanak-kanak  mempunyai tahap penglihatan dibawah paras normal.
 
"Kami akan memberikan pemeriksaan lebih lanjut kepasa kanak-kanak ini untuk mengetahui status penglihatan mereka dan sebarang masalah seperti ralat refraksi mata dapat diubati bagi mencegah mata malas (ambliopia)," katanya.
 
Sebelum ini Utusan melaporkan, sebuah kajian yang melibatkan seramai 1,287 kanak-kanak tadika di Segamat, Johor pada 2016 mendapati 12.5 peratus kanak-kanak mengalami masalah penglihatan dan 95.4 peratus daripadanya adalah kerana masalah rabun.
 

SXKSQAu~