???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Penolong Pegawai Pertanian UPM sambung Ijazah demi tambah ilmu pertanian

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

 

 

SERDANG, 30 Nov – Selama 18 tahun mencurah khidmat sebagai Penolong Pegawai Pertanian, Fakulti Pertanian (FP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Nadirah Dasar, 39, tekad untuk menyambung pengajian dalam Bacelor Sains Pertanian bagi meningkatkan ilmu dalam bidang tersebut.

 

Walaupun menjadi pelajar yang lebih berusia berbanding rakan-rakan sekelasnya, anak kelapan daripada 10 beradik ini tidak pernah berasa terasing malah sering mendapat perhatian daripada para pensyarah kerana mempunyai pekerjaan yang berkaitan bidang pengajian.

 

“Saya bekerja di Ladang 10 yang memerlukan saya untuk terlibat secara langsung dengan pelajar pertanian. Kadang-kadang saya tidak tahu untuk menjawab jenis-jenis baja menyebabkan saya mempunyai tekad menyambung pengajian.

 

“Terlalu banyak ilmu pengetahuan pertanian yang saya peroleh hasil usaha saya menyambung pengajian terutamanya dari segi jenis tanah, racun serangga, tanaman, penyediaan kawasan, baja dan lain-lain lagi. Para pensyarah juga sering bertanya soalan kepada saya membuatkan saya lebih faham selain rakan-rakan yang saling membantu,” katanya.

 

Sudah semestinya pengurusan masa menjadi cabaran utama beliau dalam pembelajaran dek kerja hakiki selain turut melakukan perniagaan bakeri secara sambilan bagi menambah pendapatan.

 

“Balik kerja sahaja sudah letih namun saya perlu untuk mengejar masa demi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Ketika penulisan disertasi tahun akhir, saya hanya tidur dua hingga ke tiga jam untuk menyiapkannya dengan lengkap.

 

“Syukur, hari ini saya berjaya bergraduat cemerlang dengan meraih Ijazah Kelas Pertama, 3.82,” kongsinya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen UPM ke-47 sesi 5, di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), hari ini.

 

Dalam pada itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pertanian ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini. 

SXMWJA~