???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Pendedahan ilmu Biologi kepada generasi muda menerusi Future Biologist Caliphs 4.0

Oleh: Dr. Shahrizim Zulkifly, Nur Izatul Fati   hah Mohamed Rozdi, Nur Ain Nabilah Mokhtar, Nur Alya Faiqah Ahmad Fauzi, Siti Nasihah Suhana Wazir & Nur Farahiyah i Che Ahmad Shamsuri

SERDANG, 29 Mei – Seramai 20 orang pelajar tahun 4 hingga 6 daripada Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri dan 32 orang pelajar Tingkatan 1 daripada Sri Ayesha Islamic School telah menyertai program Future Biologist Caliphs 4.0 baru-baru ini.

Program itu telah dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Biologi (KMB), Jabatan Biologi, Fakulti Sains, UPM yang bertujuan untuk merealisasikan konsep biologi dan sains dalam kehidupan seharian.

Program itu telah dikendalikan oleh 42 Ahli Jawatankuasa program Future Biologist Caliphs 4.0 dengan tema “Caliphs Epilogue: Approaching The Biology In Nature”. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ialah “Young Caliphs’ Eco Hunt”, “Mini BioExpo” dan “Fun Bio-Explastida”.

Penasihat program, Dr. Shahrizim Bin Zulkifly berkata, program bertemakan ‘Caliphs Epilogue: Approaching the Biology in Nature’ ini dilaksanakan bagi menyasarkan golongan muda iaitu golongan pelajar dari sekolah rendah dan sekolah menengah untuk menarik minat mereka untuk mendalami ilmu Biologi melalui pendekatan yang lebih mudah.

“Saya juga bersyukur program ini dapat dilaksanakan secara bersemuka dan harapan saya melalui program ini generasi muda akan suka dengan bidang Sains serta memberi manfaat kepada pelajar,” katanya.

Pengarah program, Nur Izatul Fatihah Mohamed Rozdi berkata program bagi siri kali keempat itu dilihat memberi impak yang baik kepada pelajar sekolah dan secara langsung memberi pengetahuan baharu kepada pelajar sekolah  berkenaan bidang sains.

“Saya berharap agar para peserta dapat memperoleh pengalaman yang manis dan ilmu pengetahuan yang berguna untuk diaplikasikan di masa depan,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan iaitu “Fun Bio-Explastida” yang diadakan sebagai pembuka tirai program, di mana aktiviti mendedahkan para peserta dengan pelbagai demonstrasi menarik yang berkaitan sains dan alam semula jadi. Para peserta melakukan eksperimen berpandukan demonstrasi yang ditunjukkan oleh ahli jawatankuasa aktiviti.

Selain itu,  aktiviti “Young Caliphs’ Eco Hunt” adalah permainan yang berkonsepkan treasure hunt di mana para peserta perlu menyelesaikan cabaran-cabaran di lima lokasi yang berbeza.

Pada aktiviti terakhir bagi program ini, para peserta disajikan dengan aktiviti “Mini BioExpo” yang mengetengahkan konsep lawatan ke Booth pameran serta para peserta diperkenalkan dengan cabang-cabang ilmu Biologi seperti Ekologi, Fisiologi, Genetik dan Biodiversiti. - UPM

SXMWKAN~