???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Pelajar Pengajian Pengguna tambah ilmu penternakan puyuh

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
 
 
SERDANG, 27 Feb – Ingin mencuba nasib ke arah bidang pertanian membuatkan Nur Farahanim Rusli tekad menceburi bidang ini kerana minat mendalam untuk menambah ilmu pengetahuan.
 
Beliau merupakan pelajar semester tiga, Bacelor Pengajian Pengguna Dengan Kepujian, Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak kekok menguruskan puyuh.
 
“Saya dikatakan pelajar lari bidang berbanding rakan saya yang majoriti daripada latar belakang pertanian yang menyertai Program Pembangunan Belia Tani Dikalangan Siswazah (PROBEST).
 
“Walaupun begitu, ia tidak menghalang saya kerana tekad serta azam kami sama dan kami sentiasa bersama dalam proses pembelajaran sebagai usahawan penternak,” katanya.
 
Tambahnya, beliau dibekalkan latihan penternakan seperti teknik penjagaan anak benih puyuh secara berperingkat mengikut umur burung puyuh, pemberian makan dan minum serta vitamin sehingga penghasilan daging puyuh.
 
 
 
Beliau yang mula menyertai PROBEST pada November tahun lalu berkata pusingan pertama penternakan bersama empat lagi rakannya mengalami kegagalan dengan anggaran kerugian melebihi 2000 ekor puyuh.
 
“Tetapi kegagalan tersebut menjadi pembakar semangat untuk pelajar belajar daripada kesilapan dan terus berusaha menjadi usahawan puyuh daging segar yang berjaya.
 
“Kami berjaya menghasilkan produk pengeluaran daging segar puyuh yang berkualiti tinggi dan mendapat sambutan dalam kalangan warga Selangor dan Negeri Sembilan.
 
“Maklum balas pelanggan mengatakan mereka berpuas hati akan kualiti puyuh kami kerana saiznya yang besar dan rasa daging yang segar,” katanya.
 
 
Menurut Pengarah Pusat Pertanian Putra (PPP), UPM, Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Sakimin berkata, penganjuran program ini bertujuan menyahut saranan kerajaan bagi meningkatkan pembangunan industri penternakan di Malaysia.
 
“Pelaksanaan program ini memberikan dorongan kepada generasi muda untuk memajukan sektor pertanian dan penternakan.
 
“Program ini tidak hanya merangkumi bidang perniagaan yang menguntungkan, tetapi juga memberikan sumbangan yang penting dalam menjamin kecukupan bekalan makanan negara,” katanya.
 
Terdahulu PROBEST mendapat sokongan pendanaan oleh Bank Pertanian Malaysia (Agrobank) dan Takaful Malaysia melalui dana wakaf dan WAZAN UPM. -UPM

SXMWWAb~