???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Pelajar Fakulti Perubatan UPM terima bantuan peralatan perubatan

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

Foto Oleh: Sabri Omar

SERDANG, 26 Okt- Seramai 30 orang pelajar daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima bantuan peralatan perubatan yang disalurkan oleh Yayasan Tengku Abdullah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan FOMENA.

Menurut Dekan FPSK UPM, Prof. Dr. Normala Ibrahim berkata para pelajar telah menerima bantuan peralatan perubatan seperti stetoskop, kot putih, dan buku perubatan.

"Peralatan perubatan yang disalurkan kepada pelajar asnaf sangat membantu pelajar kami untuk menempuh perjalanan mereka menjadi seorang doktor yang cemerlang.

"Stetoskop adalah simbol lambang profesional perubatan, kot putih mewakili kesucian dan integriti. Manakala buku perubatan berfungsi sebagai repositori pengetahuan penting dalam pendidikan mereka.

"Kami merakamkan penghargaan kepada Yayasan Tengku Abdullah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan FOMENA atas sokongan yang tidak berbelah bahagi demi membina masa depan para pelajar ini," katanya.

Yayasan Tengku Abdullah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan FOMENA telah meringankan beban kewangan pelajar bagi memastikan mereka memenuhi permintaan bidang perubatan yang sentiasa berubah.

Pengerusi Yayasan Tengku Abdullah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Yang Mulia Tengku Shaheera Tengku Tan Sri Abdullah berkata, bantuan yang disalurkan kepada 30 orang pelajar ini bertujuan untuk membantu mereka berjaya menjadi seorang doktor yang akan menggalas tanggungjawab yang cukup besar.

"Mereka adalah masa depan perubatan negara kita, kami berharap hadiah ini dapat mendorong mereka menjadi seorang doktor yang bukan hanya berfokuskan kepada pengetahuan teori dan lebih berdedikasi terhadap kemajuan penjagaan kesihatan dalam komuniti," katanya.

Sementara itu, Pelajar Doktor Perubatan Tahun tiga, Muhammad Nabil Muqri Nor Kamaruzaman menyatakan sumbangan yang diberikan ini kelihatan kecil bagi sesetengah pihak namun ianya mampu mengurangkan beban kami sebagai pelajar perubatan.

"Kepada rakan-rakan yang menerima bantuan ini ingatlah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" .

"Berbudilah kembali kepada orang lain andai bukan sekarang, tetapi suatu hari nanti. Ketika mana kita melihat ada yang memerlukan bantuan, detikkanlah dalam hati yang kita pernah mendapat sumbangan," katanya.

SXMWVAP~